Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kakitangan barisan depan SMRT akan dilatih bantu penumpang keperluan khas

Orang ramai biasanya tidak keberatan untuk membantu, tetapi ada kalanya beliau ditinggalkan sebelum sampai lagi ke tempat beratur.

Anggaran Waktu Membaca:
Kakitangan barisan depan SMRT akan dilatih bantu penumpang keperluan khas

Kakitangan SMRT menunujukkan demonstrasi latihan yang dijalani. (Gambar: Monica Kotwani)

Diterbitkan : 26 Jan 2018 12:36AM Dikemas Kini : 26 Jan 2018 12:40AM

SINGAPURA: Cik Junaidah Ramli yang kurang daya penglihatan sering perlu meminta pertolongan orang di sekeliling untuk membawanya ke tempat beratur bas yang betul.

Orang ramai biasanya tidak keberatan untuk membantu, tetapi ada kalanya beliau ditinggalkan sebelum sampai lagi ke tempat beratur.

"Kadang-kala, mereka memegang lengan saya yang membawa tongkat dan menyeret saya, bukan saya memegang mereka," kata wanita berusia 46 tahun itu.

Maka itu Cik Junaidah mengalu-alukan program baru SMRT untuk melengkapkan kapten bas dan kakitangan stesen MRT dengan kemahiran yang tepat untuk membantu penumpang dengan keperluan khas.

Program Perkhidmatan Inklusif, yang diumumkan hari ini (25 Jan) oleh CEO SMRT Desmond Kuek, sudah diikuti 350 kakitangan sejak ia dilancarkan pada Oktober tahun lalu. Sasarannya ialah untuk melatih 1,400 kakitangan barisan hadapannya menjelang Julai tahun ini.

Kakitangan yang telah menjalani latihan, menurut SMRT akan mempunyai kemahiran dan keyakinan lebih baik untuk membantu "penumpang keutamaan", termasuk mereka yang kurang daya penglihatan atau pendengaran, ibu bapa dengan anak dalam kereta sorong bayi dan penumpang warga tua dengan demensia.

Program latihan sepenuh hari itu adalah tambahan kepada program Kecemerlangan Perkhidmatan selama dua hari, yang perlu diikuti semua kakitangan.

"Latihan khusus ini yang kami lakukan dengan kerjasamaa Hab Pembelajaran NTUC membantu mereka (pekerja) untuk mengenal pasti dan menyokong mereka yang mempunyai keperluan khusus, supaya mereka boleh memberi lebih perhatian dan peka kepada mereka yang mungkin memerlukan bantuan untuk bergerak," kata Encik Kuek.

SMRT juga telah bekerjasama dengan Yayasan Lien, yang menyediakan sumber dan maklumat mengenai cara untuk membantu penumpang tua dengan demensia.

Ini dilakukan menerusi gerakan "Jangan Lupakan Kami", Yayasan tersebut.

"Kami tahu lebih banyak lagi pesakit tua dengan demensia; mereka tersesat dalam sistem pengangkutan awam. Pada masa ini, mereka memerlukan bantuan kakitangan pengendali pengangkutan awam," kata pentadbir pergerakan itu, Ivan Loh.

Pengumuman itu dibuat susulan cadangan oleh Majlis Pengangkutan Awam untuk membuat perjalanan bas dan kereta api lebih lancar untuk penumpang dengan keperluan khas.

Encik Kuek berkata program itu bukanlah tindak balas kepada cadangan tersebut kerana ia telah lama dilancarkan. Namun, beliau menambah bahawa SMRT sentiasa menyokong majlis itu.

Sumber : CNA/SU/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan