Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kakitangan badan-badan amal boleh ikuti kursus bersubsidi

Kakitangan utama badan-badan amal boleh mengikuti satu kursus yang tertumpu kepada kemahiran-kemahiran seperti pentadbiran, kumpul dana dan pengurusan sukarelawan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 Jul 2019 09:33PM Dikemas Kini : 17 Jul 2019 10:17PM

SINGAPURA: Kakitangan utama badan-badan amal boleh mengikuti satu kursus yang tertumpu kepada kemahiran-kemahiran seperti pentadbiran, kumpul dana dan pengurusan sukarelawan.

Kursus bersubsidi yang akan dimulakan bulan depan itu bertujuan membantu badan-badan amal mengukuhkan keupayaannya.

Bayaran S$100 dikenakan dan ia hasil kerjasama Pesuruhjaya Badan-badan Amal dengan Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS).

Kerjasama ketujuh oleh Pesuruhjaya Badan-badan Amal itu, bertujuan berkongsi perkhidmatan.

Pada masa depan, khidmat-khidmat baru bagi nasihat undang-undang dan audit dalaman akan turut diperkenalkan.

Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Beliau, Grace Fu, berkata bahawa inisiatif ini dijalankan dek sokongan pihak awam kepada sektor tersebut.

"Penting untuk semua badan kebajikan terus membina kepercayaan ini dan kekal dipertanggungjawabkan kepada rakyat. Ini akan menggalakkan lebih ramai lagi orang untuk menjadi sukarelawan atau menderma," kata Cik Fu.

Sumber : CNA/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan