Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kakitangan awam akan dapat bonus tengah tahun 0.45 bulan, campur $200-$300

Semua kakitangan awam akan mendapat bonus pertengahan tahun sebanyak 0.45 bulan yang akan dibayar pada bulan Julai.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Jun 2019 07:25PM Dikemas Kini : 13 Jun 2019 10:05PM

SINGAPURA: Semua kakitangan awam akan mendapat bonus pertengahan tahun sebanyak 0.45 bulan yang akan dibayar pada bulan Julai.

Selain itu mereka juga akan mendapat bayaran sekali sahaja sebanyak S$200.

Bagaimanapun mereka yang bergaji lebih rendah iaitu kakitangan Gred IV dan V Skim Sokongan Operasi (OSS) akan mendapat bayaran sekali sahaja sebanyak S$300.

Kira-kira 1,400 kakitangan awam akan mendapat manfaat daripada bayaran sekali sahaja yang lebih tinggi itu.

Golongan pekerja OSS Gred V juga akan mendapat kenaikan gaji sehingga S$50, tambahan kepada kenaikan gaji tahunan mereka.

Bayaran bonus pertengahan tahun itu mengambil kira saranan-saranan Majlis Gaji Kebangsaan.

Keputusannya dibuat selepas berunding dengan kesatuan-kesatuan sekerja sektor awam.

Sumber : CNA/MU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan