Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kafe di NUS dikunjungi kes COVID-19 sebanyak 3 kali semasa berjangkit

Sebuah kafe di Sekolah Perniagaan Universiti Nasional Singapura adalah antara beberapa lokasi yang ditambah kepada senarai tempat awam yang dikunjungi oleh kes COVID-19 semasa tempoh berjangkit.

Anggaran Waktu Membaca:
Kafe di NUS dikunjungi kes COVID-19 sebanyak 3 kali semasa berjangkit

Kafe The Spread (Gambar: Facebook/The Spread)

Diterbitkan : 14 Sep 2020 12:01AM Dikemas Kini : 14 Sep 2020 12:05AM

SINGAPURA: Sebuah kafe di Sekolah Perniagaan Universiti Nasional Singapura adalah antara beberapa lokasi yang ditambah kepada senarai tempat awam yang dikunjungi oleh kes COVID-19 semasa tempoh berjangkit.

Kafe bernama The Spread itu dikunjungi sebanyak tiga kali secara berasingan.

Dalam kemas kini sebelah malamnya berhubung perkembangan keadaan virus korona di Singapura pada Ahad (13 Sep), Kementerian Kesihatan (MOH) mendedahkan bahawa mereka yang berjangkit mengunjungi:

  • Ameen Makan House di 4 Cheong Chin Nam Road pada 30 Ogos antara 12.00 tengah hari dengan 12.45 tengah hari
  • The Spread di 15 Kent Ridge Drive pada 2 Sep dari 12.15 tengah hari hingga 1.10 tengah hari; 4 Sep antara 1.10 tengah hari dengan 2.10 petang; dan 7 Sep dari 3.45 petang hingga 5.00 petang
  • Clementi Mall pada 4 Sep antara 5.25 petang dengan 6.20 petang
  • Waterway Point di Punggol pada 6 Sep dari 7.00 malam hingga 8.55 malam
  • Pusat Tekka pada 9 Sep dari 12.25 tengah hari hingga 1.00 tengah hari

MOH menyatakan mereka yang dikenal pasti sebagai kenalan rapat dengan kes-kes disahkan sudah dihubungi.

"Sebagai langkah berjaga-jaga, mereka yang telah ke lokasi-lokasi itu pada waktu tertera harus memantau keadaan kesihatan mereka dengan teliti selama 14 hari dari tarikh kunjungan mereka," tambah kementerian itu.

"Mereka harus berjumpa doktor dengan segera jika mengalami gejala jangkitan pernafasan akut (seperti batuk, sakit tekak dan selesema), serta demam dan hilang deria rasa atau hidu, dan memaklumkan doktor tentang sejarah pendedahan mereka."

MOH menekankan bahawa orang ramai tidak perlu elak ke tempat-tempat di mana kes disahkan COVID-19 pernah kunjungi.

Agensi Sekitaran Kebangsaan akan memberi panduan pembersihan dan pembasmian kuman kepada pengurusan tempat yang terjejas.

MOH melaporkan 49 kes baru COVID-19 di Singapura pada Ahad. Daripada jumlah tersebut, lapan adalah kes import dan satu merupakan jangkitan dalam masyarakat.

Lagi 40 kes adalah pekerja asing yang tinggal di dormitori.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : Today/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan