Images

Kaedah hologram dalam khidmat rawatan klinikal mungkin jadi kenyataan tidak lama lagi

SINGAPURA: Penggunaan kaedah hologram dalam khidmat rawatan klinikal mungkin menjadi satu kenyataan, tidak lama lagi.

Penyelidik Sistem Kesihatan Universiti Nasional (NUHS) kini sedang meneroka teknologi realiti campuran itu, bagi membolehkan doktor mengesan pertumbuhan tumor dalam otak pesakit semasa pembedahan.

Program penyelidikan itu bertujuan menghasilkan aplikasi-aplikasi generasi baru di samping meningkatkan keselamatan pesakit.

Teknologi sedemikian boleh mengurangkan masa pembedahan sebanyak 50 peratus, bergantung kepada jenis pembedahan yang dijalankan.

Hospital Universiti Nasional (NUH) mula memanfaatkan teknologi hologram bagi pembedahan otak semasa ujian rintis yang dijalankan sejak Ogos tahun lalu.

Lensa khas yang digunakan meletakkan hologram tiga dimensi yang menunjukkan imbasan otak pada kepala pesakit.

Dengan teknologi itu, para pakar bedah saraf boleh melihat bahagian otak pesakit dari sudut yang berbeza.

Ini sekali gus memudahkan mereka mengesan tumor. 

- CNA/AI/nk

Top