Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kadar pembelian insurans PMD masih rendah tetapi lebih ramai berminat mendapatkannya

Kadar pengambilan insurans dalam kalangan para pengguna alat mobiliti peribadi (PMD) di sini rendah tetapi beberapa syarikat insurans yang menawarkan polisi-polisi sedemikian berkata bahawa terdapat minat yang kian meningkat dan menjangkakan lebih ramai orang akan membelinya.

Anggaran Waktu Membaca:
Kadar pembelian insurans PMD masih rendah tetapi lebih ramai berminat mendapatkannya

(Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 18 Oct 2019 11:22AM Dikemas Kini : 18 Oct 2019 11:27AM

SINGAPURA: Kadar pengambilan insurans dalam kalangan para pengguna alat mobiliti peribadi (PMD) di sini rendah tetapi beberapa syarikat insurans yang menawarkan polisi-polisi sedemikian berkata bahawa terdapat minat yang kian meningkat dan menjangkakan lebih ramai orang akan membelinya.

Ini selepas peraturan baru, seperti pendaftaran wajib bagi skuter elektrik berkuat kuasa manakala yang lainnya sedang dipertimbangkan oleh pihak berkuasa. Sementara itu, kemalangan melibatkan PMD kian meningkat menurut mereka.

Buat masa ini, polisi insurans yang disasarkan kepada para pengguna PMD termasuk e-skuter, basikal elektrik, papan roda (hoverboard) dan ekasikal, ditawarkan oleh NTUC Income, Etiqa Insurance, AXA Insurance dan Automobile Association of Singapore (AA Singapore).

Harga premium adalah antara S$65 hingga S$96 bagi perlindungan setahun terhadap kecederaan, ketidakupayaan kekal atau kematian akibat kemalangan semasa menggunakan PMD di Singapura. Etiqa Insurance juga menawarkan pelan-pelan yang menawarkan perlindungan untuk satu, tiga dan enam bulan masing-masing pada harga premium iaitu S$26, S$39 dan S$59.

Kesemua empat syarikat insurans itu juga meliputi tanggungjawab pihak ketiga apabila seorang penunggang PMD terlibat dalam satu kemalangan. Perlindungan sedemikian membenarkan para mangsa membuat tuntutan untuk mendapatkan ganti rugi, dan ini adalah di antara S$200,000 hingga S$1 juta.

Menurut syarikat insurans, ini lazimnya tiadak didapati dalam pelan kemalangan peribadi, dan menyatakan bahawa ia adalah perlindungan "penting" kerana penggunaan PMD kian meningkat, sekali gus mengakibatkan jumlah kemalangan melibatkan peralatan sedemikian juga meningkat.

Cik Chua, juga merupakan ketua insurans peribadi berkata bahawa NTUC Income menjual sekitar 200 polisi setiap tahun sejak melancarkan insurans itu pada April 2016.

Terdapat juga peningkatan sebanyak 10% dalam tuntutan pada tahun ini berbanding tahun lalu, bagaimanapun beliau tidak mendedahkan jumlah, jenis dan kuantum tuntutan itu.

MASYARAKAT PMD DAPATI JURANG

Bulan lalu, Panel Penasihat Mobiliti Aktif (AMAP), membuat beberapa saranan, yang termasuk mewajibkan perniagaan mendapatkan insurans pihak ketiga. Ini membenarkan para mangsa memfailkan tuntutan bagi kerosakan sekiranya mereka terlibat dalam kemalangan dengan penunggang e-skuter yang menggunakannya untuk tujuan kerja.

Namun panel itu, yang meneliti peraturan bagi penggunaan PMD, basikal dan lain-lain, tidak mewajibkan insurans bagi semua pengguna PMD.

Kos merupakan satu isu bagi para penunggang kerana mereka mendapati premium yang sedia ada "lebih mahal berbanding kos sebuah e-skuter", terutamanya apabila insurans itu harus diperbaharui setiap tahun. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan