Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kadar inflasi S'pura naik kepada 0.6% pada Jun

Kadar inflasi tegar Singapura naik kepada 0.6 peratus pada bulan Jun berbanding 0.4 peratus pada bulan sebelumnya, umum Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) hari ini (23 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Kadar inflasi S'pura naik kepada 0.6% pada Jun

(Gambar: Roslan Rahman/AFP)

Diterbitkan : 23 Jul 2018 02:45PM Dikemas Kini : 23 Jul 2018 02:48PM

SINGAPURA: Kadar inflasi tegar Singapura naik kepada 0.6 peratus pada bulan Jun berbanding 0.4 peratus pada bulan sebelumnya, umum Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) hari ini (23 Jul).

Ini sebahagian besarnya disebabkan oleh inflasi makanan dan perkhidmatan yang lebih tinggi.

Inflasi makanan tumbuh dari 1.3 peratus pada bulan Mei kepada 1.5 peratus sebulan kemudian, dengan harga makanan belum masak meningkat pada rentak lebih pantas, yang lebih daripada mengimbangi rentak kenaikan yang lebih perlahan pada harga makanan yang sudah dimasak, menurut MAS dan MTI.

Inflasi perkhidmatan pula meningkat kepada 1.7 peratus pada bulan Jun berbanding 1.6 peratus pada bulan sebelumnya, yang sebahagian besarnya didorong oleh perbelanjaan percutian lebih tinggi serta kenaikan pada yuran khidmat telekomunikasi menyusuli kemerosotan yang dialami setahun lalu pada bulan Mei.

Selain itu, kos keseluruhan bagi barangan runcit naik 1.6 peratus pada Jun, lebih tinggi daripada kenaikan 1.3 peratus yang dicatatkan sebulan sebelumnya.

Ini sebahagian besarnya mencerminkan kenaikan harga pada rentak lebih rancak bagi pakaian dan kasut, produk-produk perubatan, perkakas dan peralatan serta penurunan lebih kecil pada harga barangan rumah.

Inflasi pengangkutan darat privet naik kepada 0.4 peratus pada Jun berbanding hanya 0.1 peratus pada bulan Mei, disebabkan oleh penurunan lebih kecil bagi harga kereta dan rentak kenaikan harga petrol yang lebih pantas.

Kos penginapan pula susut 3 peratus pada Jun, berbanding kemerosotan 3.2 peratus pada bulan sebelumnya, sedang sewa rumah turun lebih perlahan.

Dalam pada itu, inflasi teras, tidak termasuk kos penginapan dan pengangkutan darat privet, naik kepada 1.7 peratus dari 1.5 peratus pada bulan sebelumnya.

Inflasi teras dijangka meningkat secara bertahap-tahap sepanjang tempoh tahun ini sehingga ke paras purata antara 1.5 peratus hingga 2 peratus yang diramalkan, sekiranya keadaan ekonomi berubah seperti yang diunjurkan.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan