Images
  • singapore skyline
    (Gambar fail: Woo Yiming/Reuters)

Kadar inflasi S'pura jatuh kepada 0.1% pada April

SINGAPURA: Kadar inflasi tegar Singapura jatuh kepada 0.1 peratus pada bulan April berbanding 0.2 peratus yang dicatatkan pada Mac lalu, menurut Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) hari ini (23 Mei).

Penguncupan itu disebabkan oleh kenaikan harga barangan runcit, elektrik dan gas yang lebih kecil serta kemerosotan mendadak pada kos pengangkutan darat privet, dedah pihak berkuasa.

Kos keseluruhan bagi barangan runcit naik 0.9 peratus pada bulan April, lebih rendah berbanding kenaikan 1.3 peratus pada bulan sebelumnya, disebabkan penurunan harga produk jagaan peribadi serta barangan riadah dan produk hiburan berbanding setahun lalu.

Kos pengangkutan darat privet jatuh 0.8 peratus pada bulan April, lebih besar berbanding kemerosotan 0.6 peratus Mac lalu.

Ini menyusuli kejatuhan pada harga kereta selepas premium Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) merosot, mengimbangi peningkatan harga minyak yang lebih mendadak, menurut kenyataan media itu.

Inflasi teras yang mengecualikan kos penginapan dan pengangkutan darat privet - turun dari 1.5 peratus pada bulan Mac kepada 1.3 peratus bulan lalu, sekaligus mencerminkan inflasi peruncitan yang lebih rendah dan kenaikan tarif elektrik yang lebih kecil.

Kedua-dua agensi pemerintah menyatakan bahawa inflasi teras diramal meningkat secara bertahap-tahap sepanjang 2018, antara 1 dengan 2 peratus, sekiranya keadaan ekonomi berubah seperti yang diramalkan.

Pada masa yang sama, inflasi tegar diramalkan antara 0 peratus dengan 1 peratus sepanjang tahun ini. 

- CNA/SM/aq

Top