Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kadar inflasi S'pura 1.8% sepanjang 7 tahun ini

Kadar inflasi Singapura dalam tempoh tujuh tahun lalu adalah sama seperti Korea Selatan iaitu pada kadar 1.8 peratus dan lebih tinggi dari Taiwan yang mencatat satu peratus.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 27 Feb 2018 07:00PM Dikemas Kini : 28 Feb 2018 12:13AM

SINGAPURA: Kadar inflasi Singapura dalam tempoh tujuh tahun lalu adalah sama seperti Korea Selatan iaitu pada kadar 1.8 peratus dan lebih tinggi dari Taiwan yang mencatat satu peratus.

Walau bagaimanapun, kadar inflasi Singapura jauh lebih rendah berbanding Hong Kong iaitu 3.6 peratus.

Ini didedahkan Menteri Negara Kanan Perdagangan dan Perusahaan Sim Ann di Parlimen hari ini (27 Feb).

Berhubung kebimbangan mengenai kos sara hidup lebih tinggi bagi warga Singapura, Cik Sim berkata bahawa pendapatan keluarga naik lebih cepat daripada kadar inflasi bagi tempoh yang sama.

Ini membawa kepada pertumbuhan pendapatan sebenar.

Tambah beliau, pendapatan median dari setiap anggota keluarga yang bekerja naik 3.7 peratus manakala bagi golongan berpendapatan rendah, ia naik antara 3.6 peratus dan 4 peratus setiap tahun.

Sumber : CNA/NU/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan