Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kadar faedah minimum CPF kekal tidak berubah hingga akhir 2020

Kadar faedah minimum bagi akaun-akaun Tabung Simpanan Pekerja CPF kekal tidak berubah "memandangkan sekitaran berterusan, kadar faedah yang rendah". 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Sep 2019 01:49PM Dikemas Kini : 20 Sep 2019 09:04PM

SINGAPURA: Kadar faedah minimum bagi akaun-akaun Tabung Simpanan Pekerja CPF kekal tidak berubah "memandangkan sekitaran berterusan, kadar faedah yang rendah". Demikian diumumkan oleh lembaga skim simpanan persaraan, CPF pada Jumaat (20 Sep).

Kadar minimum 4 peratus sedia ada bagi akaun Khas, MediSave dan Persaraan akan dilanjutkan hingga hujung tahun depan, menurut lembaga CPF dalam satu kenyataan yang dikeluarkan bersama Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).

Dari Oktober hingga Disember tahun ini, para pencarum CPF boleh terus meraih kadar faedah sehingga 3.5 peratus bagi Akaun Biasa dan sehingga 5 peratus bagi akaun-akuan Khas dan Medisave.

Kadar-kadar ini termasuk tambahan 1 peratus yang dibayar ke atas jumlah S$60,000 pertama baki gabungan simpanan CPF pencarum - sebahagian daripada usaha Pemerintah untuk meningkatkan wang simpanan persaraan anggota CPF, menurut pihak berkuasa.

Para anggota berusia 55 tahun dan ke atas akan meraih 1 peratus lagi bagi S$30,000 pertama gabungan baki simpanan mereka - membawa kepada jumlah faedah 6 peratus bagi baki persaraan mereka.

Faedah tambahan yang diterima dalam akaun Biasa akan dimasukkan ke dalam akaun Khas atau Persaraan.

Anggota berusia 55 tahun ke atas yang merupakan sebahagian daripada skim CPF LIFE masih akan meraih faedah tambahan bagi baki gabungan mereka, termasuk wang simpanan yang digunakan untuk CPF LIFE.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan