Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kadar faedah CPF, gadai janji HDB tidak berubah bagi suku ketiga 2019

Para pencarum Tabung Simpanan Pekerja (CPF) akan terus mendapat kadar faedah tahunan 2.5 peratus bagi simpanan dalam Akaun Biasa (OA) dan 4 peratus bagi Akaun Khas dan Akaun Medisave (SMA) antara 1 Julai dengan 30 September.

Anggaran Waktu Membaca:
Kadar faedah CPF, gadai janji HDB tidak berubah bagi suku ketiga 2019

Gambar fail bangunan CPF. (Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 15 May 2019 05:15PM Dikemas Kini : 15 May 2019 05:18PM

SINGAPURA: Para pencarum Tabung Simpanan Pekerja (CPF) akan terus mendapat kadar faedah tahunan 2.5 peratus bagi simpanan dalam Akaun Biasa (OA) dan 4 peratus bagi Akaun Khas dan Akaun Medisave (SMA) antara 1 Julai dengan 30 September.

Kadar faedah konsesi bagi pinjaman gadai janji Lembaga Pembangunan dan Perumahan (HDB) - ditetapkan pada 0.1 peratus lebih tinggi daripada kadar faedah OA - akan kekal tidak berubah pada 2.6 peratus setahun bagi tempoh yang sama.

Demikian diumumkan Lembaga CPF dan HDB dalam satu kenyataan bersama pada Rabu (15 Mei).

Para pencarum juga akan mendapat sehingga 3.5 peratus bagi simpanan dalam OA dan 5 peratus bagi SMA tahun ini.

Ini termasuk faedah tambahan 1 peratus yang dibayar ke atas jumlah gabungan S$60,000 pertama.

Anggota berusia 55 tahun dan ke atas juga akan mendapat faedah tambahan 1 peratus ke atas jumlah gabungan S$30,000 pertama, menjadikan faedah ke atas simpanan persaraan mereka sebanyak 6 peratus setahun.

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan