Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kadar faedah CPF, gadai janji HDB kekal tidak berubah pada suku kedua 2019

Pencarum Tabung Simpanan Pekerja (CPF) akan terus mendapat faedah pada kadar 2.5 peratus setahun bagi Akaun Biasa (OA) dan 4 peratus setahun bagi Akaun-akaun Khas dan Medisave (SMA) antara 1 April hingga 30 Jun.

Anggaran Waktu Membaca:
Kadar faedah CPF, gadai janji HDB kekal tidak berubah pada suku kedua 2019

Pusat Khidmat CPF di Jurong. (Gambar fail: Ngau Kai Yan)

Diterbitkan : 20 Feb 2019 09:17PM Dikemas Kini : 20 Feb 2019 09:22PM

SINGAPURA: Pencarum Tabung Simpanan Pekerja (CPF) akan terus mendapat faedah pada kadar 2.5 peratus setahun bagi Akaun Biasa (OA) dan 4 peratus setahun bagi Akaun-akaun Khas dan Medisave (SMA) antara 1 April hingga 30 Jun.

Lantaran itu kadar faedah bagi gadai janji HDB - ditetapkan pada 0.1 peratus lebih tinggi daripada kadar faedah OA - kekal tidak berubah pada 2.6 peratus setahun bagi tempoh sama.

Lembaga CPF dan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) mengumumkan demikian dalam satu kenyataan bersama pada Rabu (20 Feb).

Faedah tambahan satu peratus akan terus dibayar bagi S$60,000 pertama baki gabungan mereka. Ini bererti pencarum CPF meraih faedah sehingga 3.5 peratus bagi baki OA dan 5 peratus bagi baki SMA setahun.

Pencarum CPF berusia 55 tahun ke atas akan terus meraih 1 peratus faedah tambahan pada S$30,000 pertama baki gabungan, memberi mereka sehingga enam peratus faedah setahun bagi baki persaraan.

Seperti diumumkan September lalu, kadar faedah Akaun Persaraan pada 2019 adalah 4 peratus.

Sebagai sebahagian daripada Bonus Bicentennial tahun ini, Pemerintah akan membuat tokokan sekali sehingga S$1,000 bagi warga Singapura berusia antara 50 hingga 64 tahun yang mempunyai baki CPF bawah S$60,000.

Ini diumumkan Menteri Kewangan Heng Swee Keat pada Isnin semasa membentangkan kenyataan Belanjawan di Parlimen.

Mereka yang berusia 50 hingga 54 tahun dengan baki akaun sehingga S$30,000 akan mendapat S$500. Jika mereka mempunyai lebih daripada S$30,000 namun kurang daripada S$60,000, mereka akan menerima S$300.

Jumlah yang diagihkan adalah seganda - S$1,000 dan S$600 - bagi golongan berusia 55 hingga 64 tahun.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan