Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kadar ERP dikurangkan di semua gantri, jadual waktu jelang cuti sekolah bulan Jun

Kadar Bayaran Elektronik Jalan Raya (ERP) akan dikurangkan sebanyak S$1 bagi semua gantri dan sepanjang masa menjelang musim cuti sekolah pada Jun ini, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Isnin (24 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 24 May 2021 10:31PM Dikemas Kini : 25 May 2021 12:35AM

SINGAPURA: Kadar Bayaran Elektronik Jalan Raya (ERP) akan dikurangkan sebanyak S$1 bagi semua gantri dan sepanjang masa menjelang musim cuti sekolah pada Jun ini, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Isnin (24 Mei).

Kadar yang disemak itu berkuat kuasa Khamis ini hingga 27 Jun.

Menurut LTA, ia memutuskan untuk mengurangkan kadar ERP disebabkan oleh jumlah kenderaan yang lebih rendah setelah langkah-langkah Fasa 2 (Kewaspadaan Dipertingkat) dikuatkuasakan.

Dengan semakan tersebut, ini bermakna kadar ERP bagi 13 slot selama 30 minit setiap satu akan dikurangkan kepada S$0.

Tiada bayaran ERP dikenakan di Ekspreswe Ayer Rajah (AYE) dan Ekspreswe Kallang-Paya Lebar (KPE).

Kadar tersebut akan dikembalikan kepada kadar sebelum cuti sekolah mulai 28 Jun.

(Sumber: LTA)

(Sumber: LTA)

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan