Images
  • erp
    (Gambar: Google Maps)

Kadar ERP bagi 3 gantri dimansuhkan semasa waktu sibuk sebelah pagi

SINGAPURA: Yuran (ERP) akan dimansuhkan di dua gantri di Ekspreswe Pantai Marina (MCE) dan satu lagi gantri di Upper Bukit Timah Road, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Isnin (11 Feb).

Kadar yang disemak itu akan dikenakan dari 7.30 pagi hingga 8.00 pagi di gantri MCE yang menghala ke barat sebelum jalan susur keluar ke Maxwell Road dan jalan susur ke Marina Coastal Drive.

Para pemandu tidak lagi perlu membayar ERP di gantri di Upper Bukit Timah Road, yang menghala ke selatan selepas Hume Avenue dari 8.00 pagi hingga 8.30 pagi, menjadikannya bebas ERP sepanjang hari.

Sebelum ini, para pemandu dikenakan bayaran ERP S$1.


(Gambar: LTA)

Perubahan-perubahan ini adalah sebahagian daripada semakan LTA yang dijalankan setiap tiga bulan berdasarkan keadaan trafik dan akan berkuat kuasa pada 18 Feb.

Semakan seterusnya adalah pada bulan Mei.

- CNA/NA/na

Top