Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kadar bekas banduan dipenjara semula berkurangan dalam tempoh 2015-2017

Kadar bekas banduan yang mengulangi kesalahan mereka turun daripada hampir 50 peratus pada tahun-tahun 1990-an kepada 25.9 peratus dalam tempoh dua tahun mulai 2015.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Apr 2018 09:36PM Dikemas Kini : 19 Apr 2018 09:43PM

SINGAPURA: Kadar bekas banduan yang mengulangi kesalahan mereka turun daripada hampir 50 peratus pada tahun-tahun 1990-an kepada 25.9 peratus dalam tempoh dua tahun mulai 2015.

Ini berjaya dilakukan atas usaha pemulihan oleh pihak Perkhidmatan Penjara.

Demikian menurut Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri Josephine Teo hari ini (19 Apr).

Kerja-kerja pihak penjara lebih kukuh dengan kajian, eksperimentasi dan sikap rela untuk berinovasi.

Tahun ini, Perkhidmatan Penjara akan terus melaksanakan inisiatif-inisiatif yang membantu bekas pesalah untuk mudah mendapatkan pekerjaan.

Ini dilakukan dengan kerjasama Perbadanan Perusahaan Pemulihan Singapura (SCORE).

Buat masa ini, SCORE memperuntukkan pelatih pekerjaan untuk membantu bekas pesalah menangani isu-isu berkaitan pekerjaan dan menyesuaikan diri kepada tuntutan pekerjaan.

SCORE juga giat mendampingi para majikan berpotensi seperti RedMart, yang menggajikan 49 bekas pesalah sebagai pembantu gudang sejak 2014.

Sementara itu, Cik Teo juga mengumumkan bahawa Rumah Tumpangan Selarang bagi para pesalah dadah berisiko akan berpindah ke Kompleks Sengkang Park menjelang hujung tahun ini.

Sumber : CNA/RU/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan