Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kad Visa tanpa sentuh boleh diguna untuk pengangkutan awam mulai 6 Jun

Para penumpang boleh menggunakan kad Visa tanpa sentuh untuk membayar tambang pengangkutan awam mulai 6 Jun, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) hari ini (16 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 May 2019 02:25PM Dikemas Kini : 16 May 2019 11:19PM

SINGAPURA: Para penumpang boleh menggunakan kad Visa tanpa sentuh untuk membayar tambang pengangkutan awam mulai 6 Jun, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) hari ini (16 Mei).

Ia diumumkan menyusuli pelancaran SimplyGo pada April lalu. Khidmat tersebut membolehkan para penumpang untuk menggunakan kad Mastercard tanpa sentuh ataupun telefon bijak untuk membayar tambang pengangkutan awam, sekaligus tidak lagi perlu untuk membuat tokokan.

LTA menambah bahawa kebanyakan pengguna kad tanpa sentuh kini boleh memanfaatkan khidmat tersebut menggunakan Visa.

"Kami terdorong oleh respons pengguna terhadap pelancaran SimplyGo," kata Pengarah Kanan LTA bagi Pengangkutan Awam Yeo Teck Guan.

"Kami mendapati penggunaan semakin bertambah sejak pelancaran itu, dengan purata 120,000 perjalanan setiap hari. Dengan penyertaan Visa, lebih ramai pengguna akan meraih manfaatnya."

Visa juga akan terus memperluaskan khidmat kad tanpa sentuh, kata Pengurus Visa bagi Singapura dan Brunei, Encik Kunal Chatterjee.

"Pelancaran SimplyGo bagi kad Visa tanpa sentuh akan memudahkan pembayaran tambang pengangkutan awam bagi pemegang kad Visa tempatan dan pengunjung dari luar negara.

"Dengan ini, kami menjangkakan penggunaan kad Visa tanpa sentuh akan terus meningkat, menjangkaui jumlah sekarang ini yang melebihi 80 peratus," katanya.

BAGAIMANA UNTUK MANFAATKAN SIMPLYGO?

Para penumpang yang ingin menggunakan khidmat tersebut harus menukar kaedah pembayaran kepada kad bank, menurut LTA.

"Untuk memanfaatkan SimplyGo menggunakan kad tanpa sentuh, pemegang kad Mastercard atau Visa perlu menggunakan Mesin Tiket Umum di mana-mana stesen MRT atau LRT untuk menukar kaedah pembayaran kad mereka kepada kad bank," jelas LTA.

Menurut LTA lagi, para penumpang juga boleh memantau perbelanjaan bagi perjalanan mereka dengan mendaftarkan diri bagi akaun di Portal SimplyGo TransitLink, yang hanya disediakan online ataupun melalui aplikasi TL SimplyGo.

Para penumpang yang memiliki lebih daripada satu kad bank atau kad pengangkutan tanpa sentuh dalam beg duit atau beg tangan mereka dinasihati supaya mengeluarkan kad yang mahu digunakan sebelum menyentuh gerbang tambang bagi mengelak daripada dicaj atau terlewat perjalanan, tambah LTA.

Menjelang hujung tahun ini, para penumpang yang menggunakan kad ez-link boleh menaik taraf kad mereka untuk menikmati manfaat SimplyGo seperti kemudahan untuk menambah nilai pada bila-bila masa melalui akaun SimplyGo. 

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan