Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kad skor keselamatan, kesihatan tempat kerja lebih telus di bawah saranan baru

Sebuah jawatankuasa perikatan tiga pihak mengusulkan supaya prestasi keselamatan dan kesihatan di tempat kerja (WSH) syarikat-syarikat lebih telus sebagai sebahagian daripada usaha untuk merubah persekitaran perniagaan, di mana WSH dilihat sebagai aspek penting dalam kejayaan sesebuah syarikat.

Anggaran Waktu Membaca:
Kad skor keselamatan, kesihatan tempat kerja lebih telus di bawah saranan baru

Gambar fail tapak binaan. (Gambar: Roslan Rahman/AFP)

Diterbitkan : 29 Aug 2018 01:29PM Dikemas Kini : 29 Aug 2018 01:31PM

SINGAPURA: Sebuah jawatankuasa perikatan tiga pihak mengusulkan supaya prestasi keselamatan dan kesihatan di tempat kerja (WSH) syarikat-syarikat lebih telus sebagai sebahagian daripada usaha untuk merubah persekitaran perniagaan, di mana WSH dilihat sebagai aspek penting dalam kejayaan sesebuah syarikat, dedah Menteri Tenaga Manusia Josephine Teo hari ini (29 Ogos).

Bercakap di Sidang Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja, Cik Teo berkata: "Matlamatnya bukan setakat menghukum mereka yang tidak bekerjasama tetapi juga untuk menggalak mereka yang sudah mengambil bahagian agar meneruskan usaha mereka."

Maklumat itu juga membolehkan para pelanggan barangan dan perkhidmatan untuk membuat perbandingan pelbagai prestasi WSH ketika membuat keputusan pemerolehan, tambah beliau.

"Ini akan mengukuhkan lagi idea bahawa WSH yang bagus, baik bagi syarikat-syarikat, dan menggalak sikap bertanggungjawab bagi semua peringkat dalam sebuah syarikat, khususnya pegawai-pegawai atasan."

Satu lagi bidang yang memerlukan transformasi adalah bagaimana tempat kerja mengurus kesihatan para pekerja mereka.

Meskipun kesan pekerjaan terhadap kesihatan para pekerja sudah ditangani, Cik Teo berkata bahawa aspek tentang bagaimana keadaan seorang pekerja mampu menjejas keselamatan dan daya penghasilan di tempat kerja, satu dimensi yang agak asing.

Lantaran itu, Majlis WSH dan Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) bekerjasama untuk menggalak syarikat-syarikat supaya mengambil pendekatan menyeluruh WSH, kata beliau. Ini akan meningkatkan keselamatan dan kesihatan para pekerja secara holistik di mana para pegawai jurulatih WSH dan para pakar, misalnya, akan memberi latihan tentang cara-cara menyepadukan dan menguruskan risiko keselamatan dan kesihatan.

Kemajuan teknologi seperti analitik data, Internet of Things, kecerdasan buatan juga boleh digunakan untuk mencapai lebih banyak lagi.

Bagi pihak Kementerian Tenaga Manusia, ia sudah mula merubah pendekatan kawal selianya bagi menggalak syarikat-syarikat supaya lebih bertanggungjawab dan mematuhi piawai WSH. 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan