Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kabir Md Alamgir yang lakukan serangan seksual terhadap remaja, dipenjara 8 tahun

Seorang bekas pengendali kren asal Bangladesh yang melakukan serangan seksual ke atas seorang remaja lelaki berusia 14 tahun di Kompleks Renang Toa Payoh, hari ini (7 Jun) dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan empat kali rotan.

Anggaran Waktu Membaca:
Kabir Md Alamgir yang lakukan serangan seksual terhadap remaja, dipenjara 8 tahun

Gambar fail Kompleks Renang Toa Payoh.

Diterbitkan : 07 Jun 2018 05:44PM Dikemas Kini : 07 Jun 2018 05:46PM

SINGAPURA: Seorang bekas pengendali kren asal Bangladesh yang melakukan serangan seksual ke atas seorang remaja lelaki berusia 14 tahun di Kompleks Renang Toa Payoh, hari ini (7 Jun) dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan empat kali rotan.

Kabir Md Alamgir, 45 tahun, pada 9 Oktober 2016, meluru masuk ke kubikel remaja berkenaan di tempat mandi. Dia kemudian melakukan serangan seksual dan seks oral terhadapnya selama antara dua hingga tiga minit.

Dalam hujahnya, pendakwa mengatakan bahawa Kabir "tanpa segan silu" bertindak di kompleks renang awam. Tindakannya menjejas rasa selamat dan aman orang ramai di tempat awam. Ia kemudian memohon supaya Kabir dipenjara sekurang-kurangnya lapan tahun serta dirotan.

Pendakwa menambah, ibu bapa lazimnya membiarkan anak-anak mereka yang sudah agak dewasa untuk menggunakan tandas dan kemudahan awam.

"Mangsa pada awalnya berasa selamat di tempat-tempat awam, termasuk di kompleks renang itu. Malah, beliau berasa selamat untuk menyalin pakaian di ruang terbuka dalam tandas lelaki," kata Timbalan Pendakwa Raya Gail Wong.

Tindakan Kabir, bagaimanapun, "sangat menjejas" rasa selamat dan selesa remaja itu, tambah beliau. Mangsa sejak itu tidak menjejakan kaki di kompleks berkenaan, dan mengambil masa yang lama untuk berenang sekali lagi, ujarnya.

Kabir "dengan berani" meluru masuk ke dalam kubikel mangsa pada siang hari di kompleks renang awam, dan memaksanya untuk melakukan seks oral meskipun dia mungkin akan dilihat dan ditahan orang awam, katanya lagi.

Dalam hujahnya supaya tertuduh dijatuhi hukuman, pendakwa menekankan betapa Kabir menjadikan remaja berkenaan sebagai mangsanya. Remaja itu dikatakan menghadiri latihan kelas renang setiap minggu di Kompleks Renang Toa Payoh.

Kabir berbual dengan mangsa beberapa kali dalam tempoh antara tujuh hingga lapan bulan sebelum bertindak. Pernah sekali, dia malah menatap dan meneliti tubuh mangsa, sambil bertanya jika remaja berkenaan pernah berkhatan.

"Jadi jelas, tindakannya bukan satu kebetulan. Tertuduh tiba di kompleks sebelum mangsa selesai menjalani latihan renangnya dan tidak membawa apa-apa dalam tangannya," kata pihak pendakwa. Selepas melakukan kesalahan itu, Kabir meninggalkan kompleks tanpa melakukan sebarang kegiatan renang.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan