Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kabel terpotong, sekitar 2,000 pengguna terjejas gangguan jalur lebar di Marsiling, Woodlands

Sekitar 2,000 pengguna di Marsiling dan Woodlands terjejas dengan gangguan khidmat jalur lebar fiber.

Anggaran Waktu Membaca:
Kabel terpotong, sekitar 2,000 pengguna terjejas gangguan jalur lebar di Marsiling, Woodlands

Gambar fail van NetLink Trust. (Gambar: NetLink Trust)

Diterbitkan : 06 May 2019 09:53PM Dikemas Kini : 06 May 2019 09:56PM

SINGAPURA: Sekitar 2,000 pengguna di Marsiling dan Woodlands terjejas dengan gangguan khidmat jalur lebar fiber.

Gangguan tersebut berlaku kira-kira jam 4.20 petang tadi akibat kabel yang terpotong, menurut pengendali rangkaian fiber NetLink Trust pada Isnin (6 Mei). Ia menambah khidmat tersebut akan kembali pulih secara bertahap-tahap selewat-lewatnya sehingga Selasa pagi.

"NetLink Trust sudahpun mengerahkan pasukan pemulihan di tempat-tempat terjejas dan pemulihan khidmat fiber sedang dijalankan," menurut kenyataannya.

"NetLink Trust sedang bekerjasama dengan semua pihak relevan temasuk Penyedia Khidmat Internet untuk memastikan khidmat di tempat-tempat terjejas akan kembali pulih secepat mungkin."

Syarikat-syarikat penyedia khidmat Internet Singtel, StarHub dan M1 memaklumkan tentang gangguan tersebut di laman Facebook masing-masing serta memberitahu para pelanggan bahawa NetLink Trust sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah itu.

"Beberapa pelanggan di daerah Marsiling dan Woodlands mungkin mengalami kesukaran menggunakan jalur lebar, Singtel TV dan khidmat-khidmat talian digital rumah mereka," menurut Singtel pada 5.55 petang tadi.

Sementara itu, Starhub pula menyatakan kabel tersebut dirosakkan oleh kontraktor kerja tanah pihak ketiga.

Awal tahun ini, Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) menyatakan, kebanyakan kejadian kabel terpotong berlaku kerana para kontraktor kerja tanah gagal untuk mematuhi prosedur.

IMDA akan menetapkan peraturan-peraturan baru bagi kontraktor sedemikian menjelang Jun ini. Ia merangkumi prosedur terperinci dan langkah-langkah perlindungan komprehensif terhadap kejadian pemotongan kabel.

November lalu, khidmat jalur lebar fiber bagi sekitar 10,000 pengguna di bahagian timur Singapura terjejas disebabkan kabel fiber yang terpotong.

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan