Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Juruwang DBS Nahariah Mohd Nor ini beranikan diri sahut cabaran digital

Nahariah Mohd Nor, seorang juruwang bank berusia 45 tahun, mahu berhenti bekerja pada hari pertama beliau menjalani latihan sebagai seorang pegawai khidmat pelanggan digital.

Anggaran Waktu Membaca:
Juruwang DBS Nahariah Mohd Nor ini beranikan diri sahut cabaran digital

Juruwang DBS, Nahariah Mohd Nor. (Gambar-Gambar: DBS Bank)

Diterbitkan : 13 Mar 2019 03:04PM Dikemas Kini : 13 Mar 2019 03:06PM

SINGAPURA: Nahariah Mohd Nor, seorang juruwang bank berusia 45 tahun, mahu berhenti bekerja pada hari pertama beliau menjalani latihan sebagai seorang pegawai khidmat pelanggan digital.

"Saya berasa amat tertekan dan tidak dapat meneruskan latihan itu. Ia melibatkan komputer. Tiba-tiba, saya harus mempelajari begitu banyak perkara.

"Jadi saya mengirimkan emel kepada HR (Sumber Manusia) dan meminta agar dikerahkan semula ke cawangan saya. Namun, pengurus HR menasihati saya supaya cuba menjalani program itu selama enam bulan lagi," katanya.

Cik Nahariah amat berterima kasih atas nasihat itu, memandangkan perbankan dan khidmat online sudah mengubah cara para pelanggan berinteraksi dengan bank-bank.

Kini, tugasnya di Bank DBS termasuk membantu para pelanggan melalui Mesin-Mesin Juruwang Bervideo (VTM) sekiranya mereka tidak mempunyai kad atau token bank selepas waktu perbankan.

Inilah nasihat Cik Nahariah bagi para pekerja pertengahan kerjaya: "Mereka harus bersikap terbuka dan menerima perkara baru dan cabaran baru.

"Lihat sahaja diri saya. Jika saya tidak mencuba VTM ini dan jika saya tidak meneruskan latihan itu dan pulang sahaja ke cawangan saya, saya tidak pasti saya boleh melakukannya."

Cik Nahariah adalah salah seorang daripada 3,300 rakyat Singapura yang menjalani Program Penukaran Profesional (PCP) pada tahun lalu, sejenis program di bawah inisiatif Suai-Maju oleh Kementerian Tenaga Manusia (MOM), yang memudahkan pertukaran pertengahan kerjaya.

Perangkaan itu adalah seganda lebih tinggi berbanding bilangan rakyat Singapura yang menjalani program itu pada 2016.

PCP adalah salah satu program di bawah inisiatif Suai-Maju yang menyokong rakyat Singapura yang terjejas akibat kelembapan dan penyusunan semula ekonomi dengan membantu mereka menyesuaikan diri dengan tuntutan pekerjaan serta menajamkan kemahiran masing-masing.

Pada tahun lalu, lebih 24,000 individu berjaya mendapat pekerjaan menerusi inisiatif Suai-Maju. Sekitar 62 peratus menjalani proses pemadanan pekerjaan. Baki 38 peratus pula menerima sokongan daripada program-program, seperti Program Sokongan Kerjaya, Program Sokongan Kerjaya dan P-MAX.

Berdasarkan perangkaan tersebut, Menteri Kedua Tenaga Manusia Josephine Teo berkata, inisiatif Suai-Maju berjaya mencapai matlamatnya untuk menawarkan sokongan tambahan kepada golongan yang memerlukan.

Daripada lebih 24,000 individu itu, lebih separuh daripada mereka adalah daripada golongan profesional, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET).

Lebih separuh daripada mereka berusia 40 tahun dan ke atas, dengan sekitar 30 peratus daripada mereka pernah menganggur selama enam bulan atau lebih.

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan