Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Juruterbang Vistara timba pengalaman dengan SIA, Scoot jelang operasi baru syarikatnya

Seramai 20 juruterbang syarikat penerbangan India, Vistara, menjalani latihan dan menimba pengalaman operasi selama setahun di bawah satu kerjasama dengan Singapore Airlines dan Scoot.

Anggaran Waktu Membaca:
Juruterbang Vistara timba pengalaman dengan SIA, Scoot jelang operasi baru syarikatnya

Pesawat syarikat penerbangan Vistara. (Gambar: Francis Mascarenhas/Reuters)

Diterbitkan : 09 Feb 2019 06:05PM Dikemas Kini : 09 Feb 2019 06:09PM

SINGAPURA: Seramai 20 juruterbang syarikat penerbangan India, Vistara, menjalani latihan dan menimba pengalaman operasi selama setahun di bawah satu kerjasama dengan Singapore Airlines dan Scoot. Inisiatif itu diperkenalkan sebagai persiapan sebelum Vistara mula menggunakan pesawat-pesawat Boeing 787.

Sehingga 12 juruterbang layak sudah menjalani latihan dengan SIA sejak Januari, menurut SIA hari ini (9 Feb) sebagai menjawab pertanyaan Mediacorp.

"Juruterbang-juruterbang ini, yang sudah beberapa tahun bekerja dengan Vistara, menjalani proses pemilihan ketat dan memenuhi semua syarat pelesenan kawal selia Singapura," kata seorang jurucakap.

"Mereka akan bersama SIA selama sekitar 12 bulan sebelum kembali kepada Vistara untuk mempelopori operasi-operasi barunya."

SIA juga menyatakan ia tidak menjangkakan operasi penerbangan pesawat-pesawat Boeing 787 milik syarikat itu akan terjejas dengan kehadiran para juruterbang dari Vistara kerana ia sudah memperluaskan operasinya.

Scoot menyatakan pada Jumaat (8 Feb) bahawa ia juga sedang bekerjasama dengan syarikat penerbangan India itu bagi "membuka peluang kepada sehingga 12 anak kapal Vistara untuk menimba pengalaman operasi menerusi penerbangan Boeing 787 Scoot".

Juruterbang Vistara dijangka mula menyediakan khidmatnya bersama Scoot pada tahun ini secara bertahap-tahap, sekaligus membantu syarikat itu dalam memenuhi tuntutan untuk mengembangkan operasinya di samping "mengurangkan jumlah kakitangan yang diperlukan dalam masa terdekat".

"Mereka dijangka akan terus bersama Scoot selama tempoh tidak melebihi 12 bulan sebelum kembali dengan Vistara," menurut Scoot.

Vistara, syarikat penerbangan yang menawarkan khidmat lengkap disokong konglomerat Tata Sons dan Singapore Airlines, menempah enam pesawat Boeing 787 dan 13 Airbus SE A320neo tahun lalu.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan