Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Juruterbang SIA tidak mendarat di landasan salah

Juruterbang pesawat Singapore Airlines (SIA) yang dalam penerbangan ke Mumbai tidak mendarat di lapangan terbang yang salah, menurut syarikat penerbangan tersebut dalam satu kenyataan hari ini (5 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Juruterbang SIA tidak mendarat di landasan salah

Gambar fail.

Diterbitkan : 05 Dec 2017 12:08PM Dikemas Kini : 05 Dec 2017 12:13PM

SINGAPURA: Juruterbang pesawat Singapore Airlines (SIA) yang dalam penerbangan ke Mumbai tidak mendarat di lapangan terbang yang salah, menurut syarikat penerbangan tersebut dalam satu kenyataan hari ini (5 Dis).

Kenyataan itu sebagai menjawab laporan akhbar Times of India yang menyatakan bahawa juruterbang pesawat SQ422 salah darat di lapangan terbang Juhu yang biasa digunakan oleh helikopter dan pesawat-pesawat kecil. Laporan itu menambah pesawat itu sepatutnya mendarat di lapangan terbang Chhatrapati Shivaji iaitu lapangan terbang antarabangsa utama di Mumbai.

Laporan itu juga menyatakan bahawa pesawat SIA itu kemudian mengubah laluan penerbangan selepas menyedari kesilapan tersebut dan mendarat di lapangan terbang Chhatrapati Shivaji.

Penerbangan Airbus A350 Singapura-Mumbai itu dijadualkan mendarat di Landasan 9 lapangan terbang Chhatrapati Shivaji pada 10.35 pagi (1.35 petang waktu Singapura) pada hari Isnin.

Seramai 245 penumpang dan 14 anak kapal berada dalam penerbangan itu.

Menurut SIA, pendaratan dibatalkan pada sekitar ketinggian 1,000 kaki disebabkan jarak penglihatan yang rendah berdasarkan piawai prosedur operasi.

Pengawal lalu lintas udara Mumbai kemudian mengarahkan penerbangan itu untuk mendarat pada 10.48 pagi, menurut syarikat penerbangan berkenaan.

"Juruterbang SQ442 tidak sekalipun membuat kesilapan dengan menganggap lapangan terbang Juhu sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa Chhatrapti Shivaji," tambahnya.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan