Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Juruterbang SIA tidak boleh minum arak 10 jam sebelum bertugas

Juruterbang Singapore Airlines (SIA) tidak dibenarkan meminum arak dalam jangka masa 10 jam sebelum bertugas dan hukuman berat akan dikenakan mengikut Akta Pengemudian Udara jika mereka didapati berada dalam pengaruh sebarang bahan psikoaktif.

Anggaran Waktu Membaca:
Juruterbang SIA tidak boleh minum arak 10 jam sebelum bertugas

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 17 Sep 2018 10:22PM Dikemas Kini : 17 Sep 2018 10:32PM

SINGAPURA: Juruterbang Singapore Airlines (SIA) tidak dibenarkan meminum arak dalam jangka masa 10 jam sebelum bertugas dan hukuman berat akan dikenakan mengikut Akta Pengemudian Udara jika mereka didapati berada dalam pengaruh sebarang bahan psikoaktif.

"Kru penerbangan kami tidak dibenarkan meminum arak dalam 10 jam sebelum tugas penerbangan mereka," kata jurucakap SIA pada Isnin (17 Sep) sebagai respons kepada pertanyaan Channel NewsAsia.

"Oleh kerana keselamatan penumpang dan kru adalah paling penting, tidak ada sebarang ruang tolak ansur bagi penyalahgunaan minuman keras atau bahan lain."

Isu meminum arak tercetus selepas seorang juruterbang SIA digantung kerja pada Sabtu kerana gagal ujian alkohol oleh Penguasa Keselamatan Penerbangan Awam Australia. Ini menyebabkan penerbangan SQ247 dari Melbourne ke Wellington dibatalkan.

Bagi pihaknya pula, SIA tidak mengadakan ujian rambang untuk mengesan salah guna bahan atau alkohol, tetapi ujian wajib.

"Meskipun tiada ujian alkohol atau bahan diadakan oleh Singapore Airlines, anak kapal penerbangan kami diwajibkan menjalani sebarang ujian berkenaan oleh pihak penguasa," kata jurucakap itu.

"Selain itu, para juruterbang kami juga menjalani pemeriksaan kesihatan ketat setiap tahun untuk memastikan bahawa mereka cukup sihat untuk mengendali sebuah pesawat."

Arahan Pengemudian Udara Singapura mengarahkan juruterbang tidak boleh membawa pesawat jika sedang di bawah pengaruh sebarang bahan psikoaktif - termasuk alkohol, opiod dan ubat pelali - yang membuat mereka tidak dapat melaksanakan tugas dengan selamat dan wajar.

Jika didapati bersalah, juruterbang terlibat boleh dipenjara sehingga lima tahun, didenda sehingga S$100,000 atau kedua-duanya sekali.

Tiada sebarang piawaian antarabangsa yang menetapkan berapa lama juruterbang patut elak meminum arak sebelum mereka bertugas kerana ia berbeza-beza mengikut wilayah dan syarikat penerbangan.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan