Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jurutera ditahan di bawah ISA: Grace Fu gesa masyarakat terus bersatu

Tindakan segelintir individu yang menyimpang tidak seharusnya dibiarkan sehingga ia mencorakkan seluruh masyarakat, tegas Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Grace Fu hari ini (12 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Jurutera ditahan di bawah ISA: Grace Fu gesa masyarakat terus bersatu

Menteri Kebudayaan Masyarakat dan Belia (MCCY) Grace Fu.

Diterbitkan : 12 Sep 2018 11:21PM Dikemas Kini : 12 Sep 2018 11:23PM

SINGAPURA: Tindakan segelintir individu yang menyimpang tidak seharusnya dibiarkan sehingga ia mencorakkan seluruh masyarakat, tegas Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Grace Fu hari ini (12 Sep).

Beliau berkata demikian semasa mengulas tentang jurutera IT berusia 33 tahun yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Siasatan menunjukkan Ahmed Hussein Abdul Kadir Sheik Uduman menjadi radikal dan ingin bertempur di Syria bagi menyokong kumpulan pengganas ISIS.

"Ancaman menjadi radikal masih wujud. Ahmed menjadi radikal selepas terdedah kepada para pendakwah yang berpegang kepada fahaman pelampau di wadah-wadah online," tulis Cik Fu menerusi catatan Facebooknya.

Beliau menarik perhatian bahawa Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) sedang "membina keupayaan para asatizah untuk membimbing secara berkesan dan menawarkan khidmat kaunseling kepada para belia Muslim dan ibu bapa mereka".

MUIS juga sudah melatih para asatizah dalam penggunaan media digital bagi menolak ideologi-ideologi radikal yang disebarkan secara online, tambah Cik Fu.

"Kami perlu kekal bersatu dengan dengan rakan-rakan Muslim kami kerana setiap rakyat memainkan peranan dalam memelihara kepercayaan dalam kalangan masyarakat di Singapura."

MUIS dalam kenyataannya awal tadi (12 Sep) mengingati masyarakat Muslim supaya hanya mendalami ilmu agama daripada sumber-sumber yang diyakini, khususnya para asatizah atau guru agama yang sudah berdaftar di bawah Skim Pengiktirafan Asatizah.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan