Images
  • dome nurse
    (Gambar: GBTB)

Jururawat masuk percuma tempat tarikan Taman Di Pesisiran sepanjang Ogos

SINGAPURA: Semua jururawat di Singapura boleh masuk percuma ke 'flower dome' dan 'cloud forest' di Taman Di Pesisiran sepanjang bulan Ogos ini.

Ia adalah salah satu cara memberi penghormatan kepada jururawat atas kerja keras mereka di tengah-tengah pandemik COVID-19.

Sekumpulan jururawat dari Hospital Universiti Nasional (NUH) diberikan pratonton tidak rasmi 'cloud forest' yang akan dibuka pada Khamis depan.

Para jururawat dapat menyaksikan pameran seni berskala penuh yang pertama di 'cloud forest', menampilkan 16 arca gangsa oleh seniman Taiwan Lee Kuang-Yu.

Turut hadir adalah Pengerusi Bersama Jawatankuasa Bertindak Berbilang Kementerian mengenai COVID-19, Encik Lawrence Wong yang menyampaikan bunga kepada jururawat yang hadir.  

- CNA/UR/tq

Top