Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jurulatih yoga didakwa cabul 5 wanita sepanjang 2 tahun

Seorang jurulatih yoga didakwa kerana mencabul kehormatan lima wanita di studio yoganya sepanjang tempoh dua tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Jurulatih yoga didakwa cabul 5 wanita sepanjang 2 tahun

Gambar: Pexels

Diterbitkan : 30 Nov 2021 12:09PM Dikemas Kini : 30 Nov 2021 12:11PM

SINGAPURA: Seorang jurulatih yoga didakwa kerana mencabul kehormatan lima wanita di studio yoganya sepanjang tempoh dua tahun.

Warga India berusia 32 tahun yang tidak boleh didedahkan namanya demi melindungi identiti para mangsa, didakwa pada Selasa (30 Nov)dengan 10 tuduhan menggunakan kekerasan jenayah untuk mencabul kehormatan mereka.

Dia dituduh menyentuh punggung, payudara dan kemaluan para mangsa, yang berusia antara 24 dengan 29 tahun.

Kesalahan-kesalahan itu dipercayai dilakukan di sebuah studio yoga antara Jun 2019 dengan Julai 2020.

Tertuduh memberitahu mahkamah daerah bahawa temannya, seorang rakyat Singapura akan membayar ikat jaminnya dan dia akan mendapatkan khidmat seorang peguam kerana mahu kesnya dibicarakan.

Dia dibebaskan dengan ikat jamin S$15,000 dan akan dihadapkan ke mahkamah sekali lagi pada bulan depan.

Perintah mahkamah dikeluarkan untuk menyekat sebarang penerbitan yang boleh mendedahkan identiti kelima-lima mangsa wanita itu.

Menurut kenyataan polis sebelum ini, lelaki itu dipercayai mencabul kehormatan para mangsa ketika mengajar yoga kepada mereka.

Hukuman bagi kesalahan mencabul kehormatan adalah hukuman penjara sehingga dua tahun, denda, sebatan atau mana-mana gabungan hukuman tersebut.

Polis menyatakan pihaknya tidak akan bertolak ansur terhadap para pesalah seksual yang mengancam keselamatan masyarakat dan akan menghukum mereka dengan tegas mengikut undang-undang".

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan