Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jurulatih didakwa perkosa dan cederakan remaja 13 tahun di Tampines

Jurulatih sukan tali skip berusia 59 tahun dihadapkan ke mahkamah kerana didakwa memperkosa seorang pelajar perempuan berumur 13 tahun beberapa kali di rumahnya yang terletak di Tampines antara 2008 dengan 2009.

Anggaran Waktu Membaca:
Jurulatih didakwa perkosa dan cederakan remaja 13 tahun di Tampines

Gambar fail seseorang digari. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 21 Nov 2017 05:08PM Dikemas Kini : 21 Nov 2017 05:10PM

SINGAPURA: Jurulatih sukan tali skip berusia 59 tahun dihadapkan ke mahkamah kerana didakwa memperkosa seorang pelajar perempuan berumur 13 tahun beberapa kali di rumahnya yang terletak di Tampines antara 2008 dengan 2009.

Roger Yue Jr, yang ketika itu presiden sukan Tali Skip Singapura, juga didakwa melakukan serangan seksual dalam beberapa kejadian berasingan, termasuk dalam satu insiden, di mana dia menggunakan tali skip, dan memaksa pelajar tersebut melakukan seks oral bersamanya.

Pada awal perbicaraannya hari ini (21 Nov), Yue menafikan kesemua tujuh tuduhan ke atasnya iaitu dua tuduhan rogol dan lima kesalahan melakukan seks dengan perempuan bawah umur.

Lagi 41 tuduhan lain yang dikenakan ke atasnya akan dikendalikan pada tarikh lain.

Mangsa, yang memberi keterangan terhadap Yue secara tertutup pagi tadi (21 Nov), tidak boleh dinamakan mengikut arahan hakim, kerana dia masih bawah umur.

Yue dituduh melakukan kesalahan seks tersebut dari 2008 sehinggalah 2010, apabila remaja tersebut "akhirnya berhenti berhubungan dengannya", kata Timbalan Pendakwa Raya Winston Man dan Nicholas Lai.

Para pendakwa raya tersebut berkata bahawa mangsa akan memberi keterangan bahawa dia bertemu Yue pada tahun 2005 ketika Yue mula melatih pasukan sekolahnya.

Yue kemudian menjemput mangsa untuk ikut serta pasukan "privet" kendaliannya yang dikenali sebagai 'Jumping Jewels'. Yue juga dikatakan meminta bantuan mangsa untuk melatih beberapa pasukan lain. Demikian menurut kenyataan pembukaan pihak pendakwa.

"Dalam konteks hubungan beginilah dengan si mangsa, Yue melakukan kesalahan berkenaan terhadapnya di studio rumahnya di Tampines dan di (sebuah sekolah menengah)," kata mereka kepada mahkamah.

Mangsa membuat aduan polis empat tahun kemudian pada April 2014, setelah mengadu dengan pensyarah dan kaunselor politekniknya.

Pihak pendakwa akan memanggil 15 orang saksi untuk membuktikan kes mereka terhadap Yue.

Mereka mengatakan bahawa Yue sudah membuat "pengakuan penting" kepada polis pada Mei 2014, dan kepada pakar psikiatri Institut Kesihatan Mental (IMH) dalam pemeriksaan yang dijalankan pada Ogos dan September 2014. Yue juga "mengulangi beberapa pengakuan ini kepada polis ... (pada) Ogos 2015", tambah pihak pendakwa.

Jika sabit kesalahan atas kesalahan merogol remaja bawah umur 16 tahun, Yue boleh dipenjara sehingga 20 tahun bagi setiap tuduhan. Dia tidak boleh dirotan kerana sudah berusia lebih dari 50 tahun.

Perbicaraan berterusan. 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan