Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jumlah sukarelawan, derma kepada badan amal juga susut akibat COVID-19

Agensi-agensi perkhidmatan sosial mengalu-alukan lebih banyak sokongan di tengah-tengah penularan virus korona COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Jumlah sukarelawan, derma kepada badan amal juga susut akibat COVID-19

(Gambar: Food Bank Singapore)

Diterbitkan : 17 Feb 2020 06:16PM Dikemas Kini : 17 Feb 2020 06:19PM

SINGAPURA: Agensi-agensi perkhidmatan sosial mengalu-alukan lebih banyak sokongan di tengah-tengah penularan virus korona COVID-19.

Semasa tempoh ini sahaja, sebilangan badan kebajikan mendapati jumlah relawan dan derma merosot sebanyak 20 peratus.

Badan amal seperti Food From The Heart yang menyediakan makanan kepada golongan memerlukan mendapati kejatuhan mendadak dalam jumlah sukarelawannya sejak berlaku penularan COVID-19 di Singapura.

Sesi-sesi sukarelawan bersama syarikat-syarikat dan sekolah-sekolah juga dibatalkan.

Bagi menangani masa-masa sukar ini, beberapa wadah seperti media sosial digunakan untuk menarik penyertaan.

Satu lagi badan amal, Food Bank, mendapati kejatuhan hampir 90 peratus dalam jumlah relawan dan hampir 50 peratus dalam derma makanan.

Agensi perkhidmatan sosial seperti Shan You turut menghadapi nasib serupa. Jumlah sukarelawannya merosot sebanyak 20 peratus manakala sumbangan wang pula jatuh lebih 30 peratus.

Akur akan kemerosotan yang amat ketara, badan amal itu mengalu-alukan lebih banyak sokongan dalam sektor perkhidmatan sosial.

Badan amal itu berharap Belanjawan esok (18 Feb) akan mendedahkan langkah-langkah bagi membantu agensi perkhidmatan sosial mengharungi tempoh ini. 

Sumber : CNA/SY/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan