Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jumlah rekod tertinggi $2.7 bilion dipertikaikan dalam proses pengantaraan pada 2017

Pusat Pengantaraan Singapura (SMC) mencatat rekod tertinggi dalam jumlah yang dipertikaikan pada tahun lalu, iaitu sebanyak $2.7 bilion.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 Jan 2018 07:16PM Dikemas Kini : 16 Jan 2018 09:58PM

SINGAPURA: Pusat Pengantaraan Singapura (SMC) mencatat rekod tertinggi dalam jumlah yang dipertikaikan pada tahun lalu, iaitu sebanyak $2.7 bilion.

Jumlah itu $2 bilion lebih tinggi dibandingkan jumlah yang dipertikaikan, yang dicatat pada 2016.

Pada 2016, SMC mencatat hampir 500 kes, paling banyak dalam sejarah sejak 20 tahun lalu.

Namun pada tahun lalu, jumlah kes naik lapan peratus kepada sekitar 540 kes difailkan untuk proses pengantaraan.

Ini disebabkan bertambahnya penerimaan proses pengantaraan sebagai huraian pertikaian yang boleh dimampui, fleksibel dan mudah didapatkan.

Daripada sekitar 540 kes tahun lalu, lebih 460 dihuraikan, satu kenaikan sebanyak 15 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Kebanyakan kes yang dihuraikan berbentuk komersil, dengan pertikaian binaan dan pemegang saham syarikat menjadi antara kes yang kerap difailkan.

Sumber : CNA/RU/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan