Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jumlah rekod S$212,500 diagih kepada 29 penerima biasiswa berprestij LBKM

29 orang menerima biasiswa berprestij Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM) berjumlah lebih $212,000 semasa majlis penyampaian Anugerah Biasiswa LBKM yang diadakan secara online pada Jumaat (17 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: 29 orang menerima biasiswa berprestij Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM) berjumlah lebih $212,000 semasa majlis penyampaian Anugerah Biasiswa LBKM yang diadakan secara online pada Jumaat (17 Sep).

Bilangan penerima tersebut adalah pertambahan lebih 20% sementara jumlah wang yang diagihkan pula naik 30% berbanding tahun lalu.

LBKM juga memperkenalkan dua kategori biasiswa baru kali ini yang dikhususkan bagi para pelajar madrasah dan para asatizah. Ini selain daripada Biasiswa Ikonik, Biasiswa Berprestij, Biasiswa Merit dan Biasiswa Ekonomi Masa Depan.

MANTAN PRESIDEN MUIS TAJA BIASISWA BARU

Biasiswa baru pertama yang dikeluarkan adalah Biasiswa Alami-Rukaiyah bagi penuntut Sarjana di Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS) dalam Pengajian Asia.

Bernilai S$10,000 setahun, ia ditaja oleh mantan Presiden Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), yang kini Ketua Pengajian Program Hubungan Antara Agama dalam Masyarakat Majmuk di RSIS Encik Alami Musa.

"Ini adalah niat saya dan isteri saya iaitu Cik Rukaiyah, untuk memberi sedikit sumbangan bagi meningkatkan atau membangunkan keupayaan asatizah kita khususnya dalam bidang silang agama. Jadi keupayaan asatizah dalam bidang silang agama itu merupakan suatu kelebihan atau kekuatan bagi mereka untuk menjalankan peranan mereka dengan lebih efektif lagi," kongsi Encik Alami.

"Kita akan lihat sumbangan-sumbangan yang lebih bermakna yang lebih dinamik dari golongan asatizah di Singapura ini terhadap pembagunan silang agama di Singapura ini," ujar beliau.

Encik Alami menambah bahawa beliau dan isterinya akan menyediakan biasiswa itu setiap tahun secara berterusan. Mereka terbuka untuk menawarkannya kepada lebih ramai penuntut dari universiti lain pada masa depan.

Penerima sulung biasiswa itu ialah Ustaz Zulhilmi Mohamed, 37 tahun. Beliau bekerja sebagai Pengurus Masjid An-Nahdhah dan sedang mengikuti pengajian sarjana secara sambilan.

Ustaz Zulhilmi yang baru dalam tahun pertamanya pengajian Sarjana berkata: "Saya sangat gembira kerana ia satu bentuk sokongan peribadi, dan biasiswa ini akan memberi saya semangat untuk teruskan lagi menimba kemahiran."

Menurutnya lagi, cabaran mengikuti pengajian Sarjana bukanlah sesuatu yang mudah kerana beliau perlu mengimbangi peranan sebagai Naib Kadi pada hujung minggu di samping kerja sepenuh masa.

BIASISWA BARU PEMBELAJARAN AL QURAN DAN QIRA'AT

Satu lagi kategori biasiswa baru dan bernilai S$5,000 setiap satu ialah Biasiswa Al-Quran dan Qira'at. Ia dihulurkan oleh Persatuan Guru-Guru Al-Quran (PERGERAQ).

Dua mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terpilih menjadi penerima sulungnya.

PERGERAQ sudah menyerahkan S$20,000 kepada LBKM bagi penubuhan biasiswa tersebut. Ia bakal menokoknya agar biasiswa tersebut dapat diberikan kepada sehingga empat penerima setiap tahun.

Salah seorang penerimanya ialah Nur Zahirah Mohammed Fairoz, 23 tahun.

"Saya juga akan memastikan untuk memanfaatkan ilmu pengetahuan yang saya ada untuk menyumbang kembali kepada masyarakat, terutama bagi mereka yang memerlukan," ujar Zahirah.

NURIN ADILA SHAHRIN TERIMA ANUGERAH SYED ALI REDHA

Dalam pada itu LBKM juga memperkenalkan Anugerah Penghormatan Syed Ali Redha Alsagoff yang bernilai S$5,000. Ia bagi memperingati Syed Ali Redha yang merupakan pengasas dan Presiden pertama LBKM.

Penerima sulung anugerah itu ialah Nurin Adila Shahrin, penuntut Sekolah Dasar Awam Lee Kuan Yew.

Dia turut menerima Anugerah Berprestij LBKM peringkat possiswazah yang bernilai S$15,000. Jadi Nurin mendapat S$20,000 daripada LBKM secara keseluruhannya tahun ini.

SENARAI PENUH PENERIMA BIASISWA LBKM 2021

Tahun lalu biasiswa-biasiswa berprestij ini diberikan kepada 24 penerima dengan lebih S$160,000 diagihkan.

Sejak penubuhannya pada 1965, LBKM sudah mengagih lebih 30,000 biasiswa bernilai lebih S$30 juta.

Berikut adalah senarai penuh para penerima biasiswa LBKM tahun ini:

Penerima Biasiswa Alami-Rukaiyah 2021 (S$10,000)

1. Zulhilmi Mohamed
Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS, Universiti Teknologi Nanyang (NTU)

Penerima Biasiswa Al-Quran dan Qira’at 2021 PERGERAQ (S$5,000)

1. Nurul Insyirah Zulhilmi
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

2. Nur Zahirah Mohammed Fairoz
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Penerima Biasiswa Ikonik 2021 (S$5,000)

a) Biasiswa Zubir Said - Kesenian

Sarah Binte Noorhimli
Kolej Seni Lasalle

b) Biasiswa Ambo Sooloh – Kewangan

Norazika Nazri
Universiti Nasional Singapura (NUS)

c) Biasiswa Profesor Ahmad Ibrahim - Perundangan

Zakhir Hafizin Zakariyah
Universiti Malaysia Islamik Antarabangsa (IIUM)

d) Biasiswa Tan Sri (Dr) Abdul Samad Bin Ismail – Komunikasi Massa

1. Tia Yurika Rosman
Universiti Monash, Australia

2. Nursarah Othman
Universiti Monash, Australia

e) Biasiswa Che Zahara Noor Mohamed - Kerja Kemasyarakatan

1. Norazim Azami
Universiti Nasional Singapura(NUS)

2. Tasneem Abdul Majeed
Universiti Nasional Singapura(NUS)

3. Siti A'isyah Mohd Najib
Universiti Pengurusan Singapura (SMU)

f) Biasiswa Kiyai Hj Ahmad Zuhri Mutammim - Pengajian Islam

1. Huzhaifah Mohd Kamal
Universiti Jordan

Penerima Biasiswa Ekonomi Masa Depan (S$5,000)

1. Muhammad Adam Loh Wei Lun Mohd Ridzuan Loh
Institut Teknologi Singapura (SIT)

2. Naadiah Mohamed Ibrahim
Universiti Nasional Singapura (NUS)

3. Noratika Nazri
Universiti Nasional Singapura (NUS)

Penerima Biasiswa Merit 2021
Kategori Mahasiswa (S$5,000)

1. Sharifah Sofia Mohamed Nizam
Universiti Kolej London

Kategori Possiswazah (S$7,500)

1. Muneerah Ab Razak
Universiti St Andrews, Scotland

2. Nuzulul Qadar Abdullah
Universiti Ibn Haldun

3. Faizal Abdul Aziz
Universiti Oxford

4. Muhammad Lutfi Othman
Universiti Cambridge

5. Nur Farahana Muhammad Saleh Ahmad
Sekolah Perniagaan Essec And Mannheim

6. Muhammad Fauzy Mohamed Ismail
Universiti Southern California

7. Nafeesah Binte Mohamed Ibrahim
ETH Zurich

8. Nurul Afiqah Binte Ibrahim
Universiti Nasional Singapura (NUS)

9. Nour Camila Thoformia Abdul Rahim
Universiti Kolej London (UCL)

Penerima Biasiswa Berprestij 2021
Kategori Mahasiswa (S$10,000)

1. Nurul Nadia Muhammad Ridwan Yeo
Universiti Kolej London (UCL)

Kategori Possiswazah (S$15,000)

1. Nurin Adila Binte Shahrin
Universiti Nasional Singapura (NUS)

2. Natasha Nabila Muhamad Nasir
Sekolah Perubatan Duke-NUS

3. Nur Atiqah Zakiah Abdul Khaliq
Universiti Hamburg, Jerman

Penerima Anugerah Penghormatan Syed Ali Redha Alsagoff (S$5,000)

1. Nurin Adila Shahrin
Universiti Nasional Singapura (NUS) 

Sumber : BERITA Mediacorp/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan