Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jumlah penumpang Lapangan Terbang Changi naik 6.1% pada September

Lapangan Terbang Changi menguruskan lebih ramai penumpang pada bulan September berbanding tempoh yang sama setahun lalu, dirangsang oleh peningkatan pada jumlah penumpang dari semua rantau.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 24 Oct 2018 02:25PM Dikemas Kini : 24 Oct 2018 09:11PM

SINGAPURA: Lapangan Terbang Changi menguruskan lebih ramai penumpang pada bulan September berbanding tempoh yang sama setahun lalu, dirangsang oleh peningkatan pada jumlah penumpang dari semua rantau.

Sejumlah 5.23 juta penumpang melalui lapangan terbang itu pada bulan lalu, naik 6.1 peratus berbanding September tahun lalu. Demikian menurut Changi Airport Group dalam kenyataan media yang dikeluarkan pada Rabu (24 Okt).

Trafik antara Singapura dengan rantau Timur Laut Asia naik tujuh peratus pada bulan September, dengan China mencatat peningkatan 12 peratus manakala Jepun pula mencatat kenaikan 11 peratus. Kedua-dua negara adalah antara pasaran utama Changi, menurut lapangan terbang itu.

Eropah dan Amerika Utara juga menunjukkan pertumbuhan kukuh, dengan kedua-dua rantau itu mencatat pertumbuhan dua angka dari tahun ke tahun.

Trafik penumpang meningkat 5.8 peratus kepada 48.7 juta pada sembilan bulan pertama tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lalu, menurut Changi Airport Group.

India, Jepun, United Kingdom, Jerman dan Amerika Syarikat adalah antara pasaran yang berkembang pesat, yang mencatat pertumbuhan dua angka.

India dan Jepun juga adalah antara pasaran kargo yang berkembang pesat bagi Changi, dengan masing-masing mencatat kenaikan 9 peratus dan 6 peratus.

Pergerakan pesawat tumbuh 3.8 peratus untuk mencecah 287 bagi tiga suku pertama tahun ini, dengan melakukan 960 pendaratan dan keberangkatan.

Sejumlah 1.59 juta tan kargo udara juga diuruskan melalui Lapangan Terbang Changi sepanjang sembilan bulan lalu, naik 2.3 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Pada 11 Oktober, Singapore Airlines melancarkan penerbangan komersil jarak paling jauh di dunia dari Singapura ke New York. 

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan