Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jumlah pemohon khidmat guaman percuma merosot 25% dari April hingga Mac 2020

Jumlah pemohon khidmat guaman percuma atau 'pro bono' bagi yang tidak mampu membayar khidmat peguam dalam kes jenayah berkurangan.

Anggaran Waktu Membaca:
Jumlah pemohon khidmat guaman percuma merosot 25% dari April hingga Mac 2020

(Gambar: Unsplash)

Diterbitkan : 13 Sep 2020 08:10PM Dikemas Kini : 13 Sep 2020 08:17PM

SINGAPURA: Jumlah pemohon khidmat guaman percuma atau 'pro bono' bagi yang tidak mampu membayar khidmat peguam dalam kes jenayah berkurangan.

Ia merosot 25 peratus antara April 2019 hingga Mac tahun ini berbanding tempoh yang sama setahun yang lalu.

Khidmat Pro Bono Persatuan Guaman menyatakan perubahan baru-baru itu kepada undang-undang yang melibatkan pesalah dadah menjadi salah satu sebab kemerosotan itu.

"Kumar", 49 tahun, dituduh menyebabkan kecederaan pada para pegawai polis yang cuba menangkapnya lima tahun lalu.

Dia mendapatkan khidmat seorang peguam pro bono.

Peguam itu melakukan pemeriksaan balas dan memberi sapina kepada doktor-doktor IMH untuk memberikan keterangan di mahkamah.

Hasilnya, hukuman Kumar dikenakan hukuman penjara enam minggu berbanding tiga tahun yang ditawarkan sebelumnya.

Khidmat itu mendapat sorotan baru-baru ini selepas seorang peguam pro bono membantu seorang pembantu rumah rakyat asing dibebaskan daripada tuduhan mencuri daripada bekas majikannya.

Bagi perbicaraan kes jenayah, Skim Bantuan Guaman Jenayah atau CLAS mempunyai jangkauan yang lebih besar.

Ia mempunyai tiga peguam jenayah sepenuh masa dan sekitar 400 peguam sukarela.

Kira-kira 1,950 orang meminta pertolongan dari CLAS antara April 2019 dan Mac lalu, iaitu merosot 25 peratus daripada tahun sebelumnya itu.

Menurut CLAS, ini disebabkan perubahan pada undang-undang dadah baru-baru ini.

Sebilangan besar pelanggan mereka adalah pesalah dadah.

Di bawah undang-undang sekarang, pesalah dadah berulang yang tidak melakukan jenayah lain boleh dihantar untuk menjalani pemulihan dan bukan dipenjarakan. 

Sumber : CNA/RR/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan