Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jumlah pemindahan ginjal daripada penderma masih hidup naik sedikit

Pemindahan ginjal daripada penderma hidup meningkat dalam tempoh lima tahun dari 28 pada 2012 kepada 40 pada 2017.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Sep 2018 08:17PM Dikemas Kini : 14 Sep 2018 09:56PM

SINGAPURA: Pemindahan ginjal daripada penderma hidup meningkat dalam tempoh lima tahun dari 28 pada 2012 kepada 40 pada 2017.

Disebabkan prosedurnya yang rumit dan mahal, Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan membantu penderma hidup yang memerlukan bantuan kewangan menerusi Dana Sokongan yang akan dipertingkat.

DIDORONG CINTA TERHADAP ISTERI

Parut di perut Encik Sairee Sinwan, menandakan rasa cintanya yang mendalam terhadap isterinya.

Ini kerana, apabila Encik Sairee Sinwan mendapat tahu isterinya memerlukan pemindahan akibat kegagalan ginjal, beliau tidak berfikir panjang.

"Saya menjalani perbincangan dengan doktor hampir setahun untuk mendermakan buah pinggang kepada isteri," kata Encik Sairee Sinwan.

Encik Sairee menjalani banyak ujian darah dan pemeriksaan lain hampir setahun sebelum buah pinggangnya didapati sesuai.

Ini bermakna isterinya, Cik Nurani Abdul Ghani tidak lagi perlu menjalani dialisis.

"Saya raya sangat sihat, seperti mendapat kehidupan baru," kata Cik Nuraini.

Bagaimanapun menurut para doktor, tidak ramai yang tampil sebagai penderma hidup kerana ramai yang bimbang tentang risiko pembedahan dan mereka takut kesihatan akan terjejas selepas mendermakan buah pinggang mereka.

Perangkaan NKF menunjukkan, meskipun jumlah penderma hidup meningkat kepada 40 tahun lalu, sekitar 250 pesakit masih menunggu pemindahan.

Penderma hidup menjadi pilihan kerana organ mereka boleh digunakan pada jangka hayat lebih panjang.

Bagaimanapun, penderma hidup perlu membuat penyesuaian.

Misalnya, Encik Sairee perlu melepaskan sukan angkat berat dan juga berhenti merokok.

Namun menurut Encik Sairee, tidak sedikit pun beliau rasa kesal.

Beliau juga menerima sokongan daripada Dana NKF bagi membantu penderma hidup membayar insurans perubatan dan kehilangan pendapatan selepas pemindahan.

Sejak ditubuhkan sembilan tahun lalu, 39 orang sudah meraih manfaat.

NKF dijangka mengumumkan peningkatan pada dana tersebut agar lebih ramai tampil untuk mendermakan ginjal.  

Sumber : CNA/MM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan