Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jumlah pemegang lesen memandu teksi tertinggi dalam 2 tahun

Lebih ramai pemandu kini mengambil lesen yang membolehkan mereka memandu kedua-duanya - teksi dan kereta sewa privet. Jumlah lesen teksi di Singapura pula meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh dua tahun pada Mac tahun ini. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 11 Jun 2019 12:55AM Dikemas Kini : 11 Jun 2019 12:59AM

SINGAPURA: Lebih ramai pemandu kini mengambil lesen yang membolehkan mereka memandu kedua-duanya - teksi dan kereta sewa privet.

Jumlah lesen teksi di Singapura pula meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh dua tahun pada Mac tahun ini.

Ini walaupun jumlah teksi di Singapura berkurangan dua bulan lalu ke paras terendah dalam tempoh 15 tahun.

Jumlah teksi di jalan raya merosot kepada kurang 20,000 pada April tahun ini - yang terendah sejak April 2004.

Namun, perangkaan rasmi yang terkini pula menunjukkan jumlah lesen teksi jauh lebih tinggi iaitu mencecah lebih 100,000 lesen.

Ini tidak pernah berlaku sejak Februari 2017 walaupun jumlah pemegang lesen teksi bertambah banyak sejak Grab mengambil alih operasi Uber sekitar setahun lalu.

Pakar-pakar percaya jumlah lesen teksi kian meningkat di Singapura kerana orang ramai kini mempunyai pilihan untuk tidak bekerja sebagai pemandu teksi sepenuh masa untuk menawarkan khidmat kereta sewa atau teksi.

Profesor Madya Walter Theseira dari Jabatan Ekonomi Universiti Sains Sosial Singapura (SUSS) berkata: "Dahulu, apabila hanya terdapat syarikat-syarikat teksi di Singapura, mereka kebanyakannya menawarkan teksi untuk disewa selama tempoh jangka panjang kepada para pemandu yang kerjanya hanya memandu."

"Kini, seseorang boleh menyewa kereta sewa privet selama tempoh sehari, dan ada juga kenderaan yang boleh disewa selama beberapa jam dan bahkan syarikat-syarikat teksi sudah mula menawarkan teksi untuk disewa selama tempoh yang singkat, seperti teksi SMRT."

SMRT, pengendali teksi ketiga terbesar di Singapura mula menawarkan teksi untuk disewa dengan bayaran S$5.80 sejam pada 2017.

Dr Theseira menambah syarikat-syarikat khidmat kereta sewa privet dan syarikat-syarikat teksi juga sudah mengubah perniagaan mereka untuk memberi lebih banyak pilihan kepada para pemegang lesen teksi dan kereta sewa privet.

Sebagai contoh, ComfortDelgro, yang mengendalikan lebih separuh daripada kesemua teksi di Singapura, mula menawarkan harga sewa lebih rendah kepada para pemandu tetapi dengan mengambil 15 peratus daripada hasil pendapatan tambang pemandu.

Dr Theseira berkata, pada masa depan industri khidmat teksi dan kereta sewa privet akan menghadapi cabaran-cabaran sedang bekalan pasaran itu hampir memenuhi permintaan.

Pakar-pakar mengatakan terdapat hampir 130,000 pemegang lesen vokasional teksi dan kereta sewa privet tetapi hanya 80,000 teksi dan kereta sewa privet di jalan raya. 

Sumber : CNA/AQ/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan