Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jumlah pekerjaan golongan kurang upaya berpendidikan tinggi terhad

Jumlah pekerjaan bagi golongan berkeperluan khas dengan kelulusan pendidikan lebih tinggi adalah terhad.

Anggaran Waktu Membaca:
Jumlah pekerjaan golongan kurang upaya berpendidikan tinggi terhad

Presiden Halimah Yacob menggalak syarikat lain mencontohi Mircon yang menyediakan pekerjaan untuk golongan kurang upaya yang berkemahiran tinggi. (Gambar: MCI)

Diterbitkan : 29 Jun 2021 06:40PM Dikemas Kini : 29 Jun 2021 06:48PM

SINGAPURA: Jumlah pekerjaan bagi golongan berkeperluan khas dengan kelulusan pendidikan lebih tinggi adalah terhad.

Presiden Halimah Yacob berkata demikian sungguhpun lebih banyak peluang kini disediakan bagi golongan kurang upaya.

Bercakap semasa melawat firma teknologi Micron pada Selasa (29 Jun), Puan Halimah berkata syarikat tersebut mempunyai dasar serta sistem yang membolehkan para pekerja berkeperluan khas melaksanakan tugas mereka dengan berkesan.

Ini termasuk akses kawalan jauh kepada peralatan.

Menurut beliau, banyak pekerjaan yang disediakan bagi golongan kurang upaya masih terhad kepada industri perkhidmatan dan menggesa syarikat-syarikat dalam sektor perkilangan agar menjadi lebih inklusif dalam amalan pengambilan pekerja mereka.

"Lebih ramai mereka yang kurang upaya yang mempunyai kebolehan dan kemahiran tinggi, mempunyai pendidikan, pelajaran tinggi namun tidak mendapat pekerjaan yang sesuai.

"Saya rasa kita lihat melalui contoh Mikron yang amat menggalakkan di mana mereka dapat mengadakan pekerjaan yang sesuai bagi mereka yang berkemahiran tetapi kurang upaya," kata beliau.

Sumber : CNA/NF/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan