Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jumlah mingguan kes denggi tertinggi sejak Mac 2016

Sebanyak 468 kes denggi dilaporkan di Singapura bagi minggu berakhir 15 Jun. Jumlah mingguan itu yang tertinggi dicatatkan sejak Mac 2016, menurut perangkaan terbaru oleh Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 Jun 2019 08:22PM Dikemas Kini : 19 Jun 2019 12:36AM

SINGAPURA: Sebanyak 468 kes denggi dilaporkan di Singapura bagi minggu berakhir 15 Jun. Jumlah mingguan itu yang tertinggi dicatatkan sejak Mac 2016, menurut perangkaan terbaru oleh Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).

Jumlah kes mingguan penyakit yang boleh membawa maut itu melonjak berlipat kali ganda sepanjang tiga minggu lalu, menurut kemas kini di laman NEA.

Satu lagi petanda masalah yang semakin meningkat itu, NEA menyatakan setakat 17 Jun, jumlah kelompok denggi yang aktif di merata negara naik seganda berbanding sebulan lalu kepada 112.

Setakat 15 Jun pula, terdapat 2,243 kes denggi secara keseluruhannya. Pada 30 Mei, seorang lelaki 63 tahun meninggal dunia akibat denggi, menjadikan kes itu yang keempat tahun ini. Pihak berkuasa menarik perhatian lelaki tersebut tinggal di Hougang Avenue 1, yang bukan merupakan sebuah kelompok denggi yang aktif.

Tiga lagi mangsa yang meninggal dunia akibat denggi - dua lelaki dan seorang wanita berusia dalam lingkungan 70-an tahun.

NEA menyatakan jumlah nyamuk Aedes aegypti, yang membawa jangkitan denggi, kekal tinggi dan ini membawa risiko penularan virus penyakit itu.

"Sistem pemantauan gravitrap yang digunakan NEA menunjukkan peningkatan 25 peratus jumlah nyamuk Aedes aegypti pada April 2019, berbanding bulan sebelumnya."

Jumlah kes denggi yang meningkat itu seiring dengan bermulanya cuaca panas pada bulan Jun hingga Oktober. Dalam tempoh ini, Singapura sering mengalami peningkatan jumlah kes denggi.

KAWASAN BERISIKO TINGGI

Kesemuanya terdapat 31 kelompok denggi yang berisiko tinggi iaitu kawasan yang mempunyai 10 atau lebih kes. Kawasan-kawasan ini termasuk estet perumahan di Woodlands Avenue 6, Chai Chee Avenue, Aljunied Road dan Jurong East Avenue 1.

Senarai lengkap kelompok berisiko tinggi boleh didapati di laman NEA.

Sumber : Today/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan