Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jumlah mingguan kes denggi jatuh buat 7 minggu berturut-turut

Jumlah mingguan kes denggi yang dilaporkan di negara ini terus merosot buat tujuh minggu berturut-turut.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 30 Sep 2020 09:47PM Dikemas Kini : 30 Sep 2020 10:03PM

SINGAPURA: Jumlah mingguan kes denggi yang dilaporkan di negara ini terus merosot buat tujuh minggu berturut-turut.

Sekitar 590 kes denggi dilaporkan pada minggu lalu, iaitu hanya sepertiga daripada hampir 1,800 kes yang dicatatkan pada bulan Julai apabila ia mencapai paras kemuncaknya.

Lebih 90 peratus daripada semua kelompok denggi yang dikesan sejak permulaan tahun ini sudah ditutup.

Sungguhpun demikian, Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) mengesan tanda-tanda awal bahawa jumlah nyamuk Aedes semakin bertambah.

NEA mendapati, jumlah nyamuk Aedes meningkat 12 peratus sepanjang tiga minggu lalu dan ini mungkin menyebabkan lonjakan kepada kes denggi.

Agensi itu menggesa orang ramai supaya terus menjaga kebersihan dan memastikan agar langkah-langkah kawalan vektor yang sewajarnya dilaksanakan di semua premis. 

Sumber : CNA/AI/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan