Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jumlah kes mingguan denggi di S'pura cecah paras tertinggi sejak Jan 2016

Jumlah kes denggi pada minggu lalu meningkat kepada 666 kes, sekaligus mencatat paras tertinggi dalam seminggu sejak 2016.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 Jul 2019 09:07AM Dikemas Kini : 17 Jul 2019 12:19AM

SINGAPURA: Jumlah kes denggi pada minggu lalu meningkat kepada 666 kes, sekaligus mencatat paras tertinggi dalam seminggu sejak 2016. Demikian disahkan oleh Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) di lamannya pada Selasa (16 Jul).

Kali terakhir jumlah kes denggi memuncak begitu mendadak adalah pada Januari 2016, dengan 637 kes dilaporkan dalam tempoh seminggu.

Setakat sehingga jam 3.00 petang pada Isnin (15 Jul), terdapat 7,483 kes denggi di Singapura pada 2019.

Perangkaan itu empat kali ganda lebih tinggi berbanding 1,481 kes denggi yang dilaporkan dalam tempoh yang sama tahun lalu, menurut NEA. Jumlah tersebut juga lebih seganda berbanding 3,285 kes bagi seluruh tahun 2018, dan 2,722 kes bagi keseluruhan tahun 2017.

"Tindakan pantas diperlukan untuk membasmi tempat pembiakan nyamuk dalam masyarakat," menurut agensi itu.

Lima orang meninggal dunia akibat denggi tahun ini, sedang jumlah kes denggi terus meningkat.

Bulan lalu, seorang wanita 84 tahun, yang tinggal di kawasan kelompok aktif denggi di Lorong 6 Geylang, meninggal dunia akibat denggi. Seorang lelaki 63 tahun meninggal dunia akibat denggi pada Mei.

"Kita sedang mengalami cuaca yang lebih panas dari Jun hingga Oktober dan satu usaha kolektif tahap nasional amat penting dalam usaha mencegah jumlah kes denggi daripada terus meningkat," tambah NEA.

"Setiap individu, sama ada yang tinggal di kawasan yang mempunyai pembiakan denggi atau pun tidak, perlu mengambil tindakan untuk mencegah lebih ramai orang daripada dijangkiti virus denggi."

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan