Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jumlah kelahiran bayi tidak cukup bulan merosot sepanjang sedekad lalu: MOH

Kementerian Kesihatan (MOH) menyatakan jumlah kelahiran bayi tidak cukup bulan di Singapura berkurangan dari 10 peratus kelahiran pada 2009 kepada 8.3 peratus kelahiran tahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 Nov 2019 09:16PM Dikemas Kini : 16 Nov 2019 11:43PM

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) menyatakan jumlah kelahiran bayi tidak cukup bulan di Singapura berkurangan dari 10 peratus kelahiran pada 2009 kepada 8.3 peratus kelahiran tahun lalu.

Bagaimanapun, hospital-hospital yang ditemui menyatakan terdapat kenaikan sepanjang sedekad lalu.

Contohnya, Hospital KK bagi Wanita dan Kanak-kanak (KKH) mencatat kenaikan 2.5 peratus jumlah bayi yang dilahirkan pramatang sepanjang sedekad lalu.

KKH adalah antara tiga hospital awam yang menjalankan program Model Penjagaan Bersepadu Keluarga (FIC).

Program itu bertujuan meningkatkan pelibatan ibu bapa dalam penjagaan bayi pramatang sewaktu di hospital.

Cik Lee Hwai Bin adalah salah seorang penerima program FIC.

Anak beliau, Nathan, dilahirkan tidak cukup bulan iaitu 14 minggu lebih awal daripada sepatutnya.

Ini bermakna Nathan perlu ditahan di hospital selama 108 hari sebelum dia dibenarkan pulang ke rumahnya. Mujur, dalam tempoh tersebut, ibu Nathan mendapat bantuan.

Bercakap di acara bagi meningkatkan kesedaran terhadap bayi pramatang, Menteri Negara Kanan Kesihatan Lam Pin Min berkata program FIC memberikan pelbagai manfaat.

Misalnya, di bawah FIC, ibu bapa dapat mempelajari cara-cara menjaga anak yang baru lahir daripada kakitangan hospital.

Penjagaan seumpama itu katanya berguna memandangkan bayi pramatang terdedah kepada komplikasi kesihatan.

Ketua dan Konsultan Kanan jabatan neonatologi Hospital Universiti Nasional (NUH), Dr Zubair Amin berkata: "Ibu bapa bebas melawat bayi mereka pada bila-bila masa dan kami galak mereka kunjungi bayi mereka, duduk dengan bayi mereka dan mainkan peranan aktif dalam penjagaan, pengurusan bayi mereka dan sebagainya. Ada yang bersama kami enam hingga lapan jam sehari".  

Sumber : CNA/UR/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan