Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jumlah kecederaan tangan di tempat kerja merosot tahun lalu

Lebih banyak boleh dilakukan untuk mencegah kecederaan tangan di tempat kerja. Ini walaupun jumlah kecederaan sedemikian di tempat kerja merosot dari 140 kes pada 2016 kepada 103 kes tahun lalu. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 10 Jan 2019 08:33PM Dikemas Kini : 10 Jan 2019 10:14PM

SINGAPURA: Lebih banyak boleh dilakukan untuk mencegah kecederaan tangan di tempat kerja.

Ini walaupun jumlah kecederaan sedemikian di tempat kerja merosot dari 140 kes pada 2016 kepada 103 kes tahun lalu.

Menteri Negara Tenaga Manusia Zaqy Mohamad berkata demikian di acara pelancaran Kempen 'Safe Hands' pada Khamis (10 Jan).

Menurutnya, pemeriksaan yang dijalankan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) mendapati semua kecederaan yang mengakibatkan tangan kodong boleh dielakkan dengan melaksanakan langkah-langkah keselamatan.

Lantaran itu, penting untuk para majikan memastikan pemeriksaan kerap dijalankan dan terdapat langkah-langkah keselamatan di tempat kerja.

Kempen tahun ini dipimpin Majlis Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja dan disasarkan kepada sektor pertukangan besi kerana ia menyumbang kepada antara jumlah kecederaan tangan kodong tertinggi dalam perusahaan pengilangan. 

Sumber : CNA/NF/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan