Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jumlah insiden melibatkan data dalam Pemerintah meningkat

Lebih banyak insiden melibatkan data dilaporkan dalam Pemerintah, dedah Pejabat Negara Bijak dan Pemerintah Digital (SNDGO) dalam kenyataannya pada Rabu (11 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 11 Nov 2020 05:00PM Dikemas Kini : 12 Nov 2020 12:32AM

SINGAPURA: Lebih banyak insiden melibatkan data dilaporkan dalam Pemerintah, dedah Pejabat Negara Bijak dan Pemerintah Digital (SNDGO) dalam kenyataannya pada Rabu (11 Nov).

Kesemuanya 75 insiden pencerobohan data dilaporkan dalam Tahun Kewangan 2019, iaitu lonjakan 47 peratus berbanding 51 insiden yang berlaku dalam Tahun Kewangan 2018. Sebanyak 37 insiden dilaporkan pada separuh pertama Tahun Kewangan 2020 sehingga 30 Sep, setara tempoh yang sama dalam tahun kewangan sebelumnya.

Kebanyakan insiden yang dilaporkan berpunca daripada kesilapan manusia, kata SNDGO. Ini termasuk mengirimkan emel mengandungi maklumat sulit kepada alamat penerima yang salah secara tidak sengaja dan salah letak peralatan IT yang mengandungi data-data sensitif.

Satu lagi punca utama insiden melibatkan data adalah kegagalan untuk mematuhi proses ditetapkan untuk memastikan keselamatan data - seperti menggunakan sofwe bermasalah untuk menjimatkan masa, yang boleh menyebabkan pencerobohan data.

"Kebanyakan insiden didapati tidak mempunyai kesan besar terhadap agensi atau individu terjejas kerana langkah-langkah perlindungan dijalankan untuk mengurangkan risiko pencerobohan data," menurut SNDGO lagi.

"Misalnya, peralatan IT yang disalah letak mempunyai kod disulitkan; menjadikan data sulit di dalamnya tidak dapat diakses pengguna tanpa kebenaran yang cuba mencuri data daripada peralatan-peralatan ini."

SNDGO menyatakan ia sudah melaksanakan 18 dari 24 inisiatif utama yang disarankan oleh Jawatankuasa Pengkajian Semula Data Sektor Awam, dalam dapatan dikeluarkan pada November tahun lalu.

Jawatankuasa tersebut, yang memeriksa 336 sistem di 94 agensi sektor awam, mendapati sekitar tiga perempat daripada agensi-agensi berdepan satu insiden tidak mengikuti garis pandu pemerintah berkenaan dasar dan piawai data.

SNDGO bagaimanapun menarik perhatian, peningkatan dalam jumlah insiden yang dilaporkan "sejajar" dengan trend-trend yang dilihat dalam sektor swasta dan secara global.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan