Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jumlah flat dipilih jalani HIP bergantung kepada keupayaan binaan

Jumlah flat HDB yang dipilih untuk Program Peningkatan Rumah (HIP) setiap tahun akan mengambil kira keupayaan binaan dan kedudukan fiskal Singapura pada masa hadapan. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 03 Oct 2021 07:23PM Dikemas Kini : 06 Oct 2021 11:35AM

SINGAPURA: Jumlah flat HDB yang dipilih untuk Program Peningkatan Rumah (HIP) setiap tahun akan mengambil kira keupayaan binaan dan kedudukan fiskal Singapura pada masa hadapan.

Menurut HDB, projek-projek di bawah HIP menghadapi kelengahan sehingga sembilan bulan akibat pandemik COVID-19.

Kerja ubah elok di flat HDB yang didiami pasangan Mohamed Jaafar dan Syderbee sudah tergendala dua kali akibat langkah sekatan COVID-19 yang berubah-ubah.

Akibatnya, pasangan itu terpaksa menunggu dari Mei hingga September untuk siapnya kerja-kerja peningkatan seperti bilik air dengan kelengkapan mesra warga emas.

Lebih 430,000 unit HDB yang matang dipilih bagi kerja peningkatan HIP sejauh ini.

HDB berharap untuk menyelesaikan kerja naik taraf bagi semua flat yang layak dalam tempoh 10 tahun.

Namun, para pemilik rumah mesti menunggu untuk giliran mereka disebabkan langkah-langkah pengurusan selamat.

"Kecewa pasal kita ingat nak tukar bilik air. Pintu semua banyak dah rosak juga, nak tukar. Dengar dia nak bikin. Dah tunggu. Jadi kecewa lambat," luah pasangan itu.
 

Sumber : CNA/EM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan