Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jumlah dermasiswa, penerima anugerah pendidikan Darul Arqam meningkat

Jumlah dermasiswa pendidikan Darul Arqam yang diagihkan tahun ini meningkat kepada S$115,000, sejajar dengan jumlah penerima yang naik sebanyak 39 peratus sepanjang tiga tahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Jumlah dermasiswa pendidikan Darul Arqam yang diagihkan tahun ini meningkat kepada S$115,000, sejajar dengan jumlah penerima yang naik sebanyak 39 peratus sepanjang tiga tahun lalu.

53 penerima Muslim tahun ini datang dari pelbagai latar belakang.

Bertujuan untuk meringankan beban kewangan masyarakat Muslim khususnya kepada golongan Muallaf atau keluarga kepada Muallaf, penerima tahun ini merangkumi golongan pelajar dari bidang ilmu kemanusiaan, ugama, kesenian, perubatan, dan kejuruteraan.

Sebagai sebahagian daripada program dermasiswa, para penerima ini digalak untuk menyumbang kembali kepada masyarakat selepas tamat pengajian mereka.

"Saya rasa kebanyakannya akan digunakan untuk membayar yuran sekolah kerana satu semester di universiti agak banyak sekiranya tidak, saya perlu cari cara lain untuk biayai perbelanjaan," kongsi seorang penerima biasiswa, Encik Siddique Lim, apabila ditemui BERITAmediacorp pada Sabtu (17 Ogos) di majlis penyampaian biasiswa.

Seorang lagi penerima, Cik Dinah Nazurah Zulkifli, berkata: "Dengan dermasiswa ini saya boleh fokus dengan lebih baik dalam pelajaran saya dan mungkin saya dapat gred yang baik dalam sekolah, dan saya harap saya dapat menyumbang kepada masyarakat saya." 

Sumber : BERITA Mediacorp/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan