Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jualan rumah privet naik 3.1% pada suku pertama 2018

Pasaran hartanah privet terus rancak dengan harga rumah privet naik 3.1 peratus bagi suku pertama tahun 2018, menurut anggaran awal yang dikeluarkan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) hari ini (2 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Jualan rumah privet naik 3.1% pada suku pertama 2018

Sebuah kodominium yang sedang dibina. (Gambar: ROSLAN RAHMAN/AFP)

Diterbitkan : 02 Apr 2018 11:20AM Dikemas Kini : 02 Apr 2018 11:23AM

SINGAPURA: Pasaran hartanah privet terus rancak dengan harga rumah privet naik 3.1 peratus bagi suku pertama tahun 2018, menurut anggaran awal yang dikeluarkan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) hari ini (2 Apr).

Ini berbanding kenaikan 0.8 peratus pada suku sebelumnya.

Secara keseluruhannya, indeks hartanah rumah privet naik 4.3 mata dari 138.7 mata pada suku keempat 2017 kepada 143.0 mata pada suku pertama tahun 2018.

Harga hartanah kediaman privet tanpa laman naik 5.0 peratus di kawasan tengah bandar (CCR), berbanding kenaikan 1.4 peratus pada suku sebelumnya. Demikian menurut data URA.

Harga di pinggir kawasan bandar (RCR) meningkat 1.1 peratus, selepas mencatat kenaikan 0.4 peratus dalam suku sebelumnya manakala harga di luar kawasan tengah bandar (OCR) pula naik 3.8 peratus selepas mencatat kenaikan 0.8 peratus pada suku sebelumnya.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan