Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Jualan rumah privet baru merosot 15.3% pada Mei

Para pemaju hartanah menjual 952 unit rumah privet bulan lalu, merosot 15.2 peratus berbanding 1,122 unit pada bulan yang sama tahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Jualan rumah privet baru merosot 15.3% pada Mei

(Gambar fail: Nuria Ling/TODAY)

Diterbitkan : 17 Jun 2019 07:42PM Dikemas Kini : 17 Jun 2019 07:45PM

SINGAPURA: Para pemaju hartanah menjual 952 unit rumah privet bulan lalu, merosot 15.2 peratus berbanding 1,122 unit pada bulan yang sama tahun lalu.

Menurut Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) tiada kondominium eksekutif yang dilancar atau dijual bulan lalu.

Berdasarkan bulan ke bulan pula, penjualan rumah privet baru melonjak 29.5 peratus dari 735 unit yang bertukar tangan pada April.

Sebanyak 1,394 unit dilancarkan pada Mei, naik daripada 444 unit pada bulan April.

Projek yang paling mendapat sambutan pula adalah Amber Park (155 unit terjual dengan harga median S$2,475 sekaki persegi), Parc Komo (79 unit terjual dengan harga median S$1,497 sekaki persegi) dan The Woodleigh Residences (74 unit terjual dengan harga median S$1,823 sekaki persegi).

Ketua bahagian kajian dan runding cara Orange Tee, Christine Sun berkata hampir 30 peratus rumah baru dijual pada harga lebih S$2,000 sekaki persegi.

CEO PropNex Realty Ismail Gafoor pula berkata, projek yang dilancarkan sebelum ini juga terus mendapat permintaan, menyumbang kepada 53.5 peratus penjualan pada Mei.

"Kami menjangkakan prestasi jualan yang konsisten sepanjang tahun ini dengan 8,500 hingga 9,000 rumah privet baru dianggarkan bertukar tangan," tambah beliau. 

Sumber : CNA/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan