Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Jualan rumah privet baru jatuh 59.8% pada Mac

Penjualan rumah privet baru privet merosot 59.8 peratus pada Mac berbanding bulan yang sama tahun lalu. Demikian menurut data yang dikeluarkan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) hari ini (16 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Jualan rumah privet baru jatuh 59.8% pada Mac

Gambar fail TODAY.

Diterbitkan : 16 Apr 2018 02:52PM Dikemas Kini : 17 Apr 2018 12:13AM

SINGAPURA: Penjualan rumah privet baru privet merosot 59.8 peratus pada Mac berbanding bulan yang sama tahun lalu. Demikian menurut data yang dikeluarkan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) hari ini (16 Apr).

Tidak termasuk kondominium eksekutif (EC), syarikat pemaju hartanah menjual 716 unit bulan lalu, berbanding 1,780 unit pada Mac 2017.

Jualan bulan Mac naik 86.5 peratus berbanding 384 unit yang dijual pada Februari tahun ini sedang pasaran tersebut bangkit semula selepas cuti Tahun Baru Cina.

Termasuk EC, 788 unit dijual pada bulan Mac, kurang daripada 2,358 unit yang dijual pada tempoh yang sama setahun lalu.

Secara keseluruhannya 614 rumah baru dilancarkan oleh syarikat pemaju hartanah bulan lalu. Tidak ada unit EC baru dilancarkan.

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan