Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jualan makanan halal ini akan bantu 50 kanak-kanak dari keluarga memerlukan

Seramai 50 kanak-kanak dari keluarga yang mengalami kesempitan kewangan, akan menerima bantuan untuk siap bersekolah tahun depan.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Seramai 50 kanak-kanak dari keluarga yang mengalami kesempitan kewangan, akan menerima bantuan untuk siap bersekolah tahun depan.

Mereka akan dibantu 16 usahawan makanan halal tempatan menerusi satu jualan amal Ahad ini (26 Nov).

PENGALAMAN BANTU PELAJAR MISKIN BAKAR SEMANGAT UNTUK TERUS BERBAKTI

Pengalamannya sebagai seorang guru membantu seorang muridnya yang 'kelaparan' di sekolah, memberi kesan yang mendalam buat dirinya.

Ia membuka pintu hati Cik Shakirah Mohd Yusof untuk terus memberi makan kepada pelajar-pelajar lain yang datang daripada keluarga susah.

Beliau yang sememangnya menjual kek secara sambilan, kini akan dapat membantu lebih ramai lagi para pelajar memerlukan.

"Sebagai seorang cikgu saya mempunyai perhubungan yang amat rapat dengan pelajar-pelajar saya, jadi Saya tahu antara mereka ada banyak harus bergantung kepada FAS untuk memberi makan di kantin dan sebagainya,

"Jadi yang mendorong saya sebenarnya untuk masak dan membuat kek sebagainya ialah apabila saya membawa lauk-pauk saya ke sekolah dan berkongsi dengan pelajar-pelajar saya, lebih-lebih lagi mereka yang jarang dapat makan di kantin sama ada kerana tidak kecukupan wang," kongsi Cik Shakirah.

Cik Shakirah merupakan salah seorang daripada 16 usahawan makanan halal secara online yang akan menyertai jualan amal #5Kfor50Kids.

SASAR KUMPUL $5,000 BAGI BANTU 50 PELAJAR MEMERLUKAN

Dianjurkan oleh Halal Goods Do Good dengan kerjasama “Project Goodwill Aid” (PGA), acara ini berharap dapat mengumpulkan $5,000 bagi membantu 50 pelajar sekolah berbilang bangsa untuk membeli perkakas persekolahan masing-masing.

"Setakat ini kami telah mendapat respons dari seramai 80 orang dan kami mengharapkan sokongan daripada masyarakat seramai 200 orang pembeli yang akan datang untuk membeli di acara kami pada hari ahad ini," kata Encik Muzammil Mohamad, Pengasas Halal Goods Do Goods.

#5Kfor50Kids akan berlangsung pada Ahad ini daripada jam 10 pagi hingga 4 petang di Kelab Khidmat Awam Bukit Batok.

Halal Goods Do Good kini turut bercadang untuk menganjurkan acara amal pada awal tahun depan bagi membantu golongan wanita yang didera.

Sumber : BERITA Mediacorp/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan