Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

JTC perhebat usaha sokong tindakan perubahan iklim

Perbadanan JTC akan melakukan lebih banyak usaha bagi menyokong tindakan perubahan iklim di peringkat nasional dan global.

Anggaran Waktu Membaca:
JTC perhebat usaha sokong tindakan perubahan iklim
Diterbitkan : 01 Jun 2018 07:29PM Dikemas Kini : 01 Jun 2018 07:30PM

SINGAPURA: Perbadanan JTC akan melakukan lebih banyak usaha bagi menyokong tindakan perubahan iklim di peringkat nasional dan global.

Menteri Negara Kanan Perdagangan dan Perusahaan Chee Hong Tat berkata demikian di acara pemasangan kapsul masa perbadanan itu.

Acara ini sebagai meraikan ulang tahun Jubli Emas JTC hari ini (1 Jun).

Perbadanan itu juga mengikrarkan sokongannya kepada Tahun Tindakan Iklim Singapura.

Ia sudahpun mempunyai beberapa inisiatif berdaya mampan termasuk mengurangkan penggunaan tenaga elektrik dan air.

Namun ikrar hari ini adalah bagi JTC melakukan lebih banyak lagi termasuk komitmen untuk menjana dan menggunakan lebih banyak tenaga suria.

Di bawah program 'SolarRoof', JTC mahu menghasilkan tenaga elektrik daripada panel-panel suria yang dipasang di bumbung 27 bangunan yang dikendalikannya.

Menjelang hujung tahun ini, bangunan-bangunan tersebut akan menjana jumlah tenaga elektrik yang biasanya digunakan di 1,250 rumah. 

Sumber : CNA/NF/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan