Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

JTC main peranan penting, bawa manfaat kepada rakyat S'pura, kata PM Lee

Pemilik tanah perindustrian Singapura, JTC memainkan peranan penting dalam kemajuan Singapura - dari sebuah negara mundur ke sebuah negara maju.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 25 May 2018 07:59PM Dikemas Kini : 25 May 2018 09:51PM

SINGAPURA: Pemilik tanah perindustrian Singapura, JTC memainkan peranan penting dalam kemajuan Singapura - dari sebuah negara mundur ke sebuah negara maju.

Menurut Perdana Menteri Lee Hsien Loong, kejayaannya itu memberi manfaat kepada rakyat Singapura.

Beliau berkata demikian di majlis jamuan malam bagi sambutan ulang tahun JTC yang ke-50 hari ini (25 Mei).

"JTC sudah mencapai banyak kemajuan, berkembang sejajar dengan kemajuan Singapura. Anda sering menjadi peneraju dan pelopor, selalu mencabar norma, merintis laluan baru, menjalin kerjasama baru. Saya harap anda akan terus membina legasi yang memegang pada piawaian tinggi dan cita-cita berani kerana setiap kejayaan JTC itu adalah manfaat buat rakyat Singapura. Anda membantu menarik pelaburan dan menjana pekerjaan. Anda menaikkan lagi martabat antarabangsa Singapura dari segi mutu dan kecemerlangan," kata PM Lee.

Sebagai sebahagian daripada sambutan jubli emas JTC, PM Lee turut serta dalam menutup sebuah kapsul masa yang mengandungi barang-barang yang melambangkan perjalanan perindustrian Singapura.

Barang-barang dari projek perindustrian lalu seperti risalah, lukisan kilang dan kemudahan lama dan juga produk-produk buatan Singapura turut dimasukkan.

Kapsul itu akan ditempatkan di ibu pejabat tetap JTC yang pertama di Jurong Town Hall dan akan dibuka semula semasa sambutan ulang tahunnya yang ke-75.

Memandang ke hadapan, JTC menyatakan ia komited untuk membantu negara terus maju.

Ia berjanji akan terus menjalin kerjasama industri yang rapat, membina keupayaan dan membangun secara mampan.  

Sumber : CNA/NA/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan