Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Josephine Teo: Trend global luluskan penggunaan ganja 'perkembangan' yang membimbangkan

Trend sejagat meluluskan penggunaan ganja adalah satu perkara yang membimbangkan dan memerlukan usaha memerangi gejala itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 07 Nov 2019 07:22PM Dikemas Kini : 07 Nov 2019 10:11PM

SINGAPURA: Trend sejagat meluluskan penggunaan ganja adalah satu perkara yang membimbangkan dan memerlukan usaha memerangi gejala itu.

Menteri Tenaga Manusia Josephine Teo berkata demikian di Forum Perangi Dadah Asia-Pasifik, yang dihadiri sekitar 200 peserta dari 18 negara.

Cik Teo menyebut peniaga-peniaga besar sebagai dalang mencetuskan kekeliruan sehingga penggunaan ganja kian meluas.

Beliau menambah, ada keperluan mendesak untuk menangkis maklumat tidak tepat oleh industri mahupun pandangan masyarakat yang berubah.

Ini lebih-lebih lagi kerana belia masa kini mempunyai pandangan liberal terhadap penggunaan ganja.

Menurut Laporan Dadah Sedunia 2019, seorang dari setiap 18 orang menggunakan dadah sekurang-kurangnya sekali pada tahun lalu. Ia lonjakan 30 peratus berbanding sedekad lalu.

"Kami bimbang ada pihak-pihak yang mendakwa ganja mentah adalah "ganja perubatan". Tiada bukti saintifik ganja selamat dan berkesan," luah Cik Teo.

"Ada juga pihak yang memasarkan ganja sebagai produk gaya hidup yang tidak membahayakan, memilih untuk tidak memberi perhatian kepada kesan-kesan mengancam kesihatan," tambah beliau lanjut. 

Sumber : CNA/AQ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan